

Rejim Syria dan sekutu-sekutunya telah melanggar gencatan senjata sebanyak 77 kali sejak ia berkuatkuasa lewat minggu lalu.
Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria (SNHR), sebuah NGO yang berpangkalan di London, mengisytiharkan dalam laporan yang dikeluarkan semalam.
“Rejim Syria terlibat perlanggaran 72 (gencatan senjata) manakala Rusia (sekutunya) bertanggungjawab lima kemungkiran yang dilakukan apabila ia mengebom pusat Hama dan utara Aleppo,” laporan itu menegaskan.


“Antara 77 pelanggaran yang dinyatakan, 68 adalah dalam bentuk operasi pertempuran dan sembilan adalah dalam bentuk penahanan,”menurut laporan itu lagi.
Mereka menegaskan bahawa majoriti pelanggaran rejim telah berlaku di wilayah Homs Syria.
NGO itu juga menggesa Rusia yang bertindak sebagai penjamin perjanjian gencatan senjata itu, agar memberi tekanan kepada sekutu-sekutunya di Damsyik dan Tehran untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian itu.
Malam Jumaat lalu, gencatan senjata itu, yang diusahakan oleh Turki, Rusia dan rejim Assad, berkuat kuasa di seluruh Syria, yang telah terkunci dalam perang yang dahsyat sejak 2011.




























