KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam HajiMohd Abdul Wahid Endut menyarankan kepada kerajaan negeri Terengganu memberikan tanah tapak rumah kepada penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah projek Kuala Terengganu ‘By-Pass’.
Katanya, ia menjadi amalan kerajaan PAS yang memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.
“jadi itu rintihan rakyat………kita sebagai kerajaan sepatutnya memikirkan…….. bagi kita (PAS) dulu masa kesempatan Allah bagi memerintah di Negeri Terengganu kita dalam keadaan bila terpaksa ambik tanah rakyat untuk memajukan projek pembangunan yang tidak dapat dielak dibuat untuk kepentingan ramai, sekolah, klinik pusat kesihatan, jalanraya,


Beliau berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Bajet Terengganu 2017, pada Sidang DUN, di Wisma Darul Iman semalam 23 November.
Cadangan itu beliau kemukakan ekorang kes pengambilan balik tanah, rumah kediaman dan rumah kedai untuk projek Kuala Terengganu ‘By Pass’ yang melibatkan kawasan Durian Burung, Paloh, Seberang Baroh dan Kampung Tok Kaya.
Beliau memberitahu Sidang, penduduk tidak membantah pembangunan, tetapi biarlah pampasan yang diberi kepada mereka munasabah, supaya mreka boleh membina kehidupan selepas berpindah.
“penduduk tidak bantah pembangunan tetapi bagi mereka kalau boleh pampasan yang diberi biar munasabah,


Justeru beliau merayu supaya penduduk terbabit diberikan keringanan oleh kerajaan, mengenal pasti di mana-mana tempat yang sesuai untuk mereka berpindah.
“supaya mereka………sekurang-kurangnya ada pilihan dan diberikan sedikit keringanan yang dipikul,
“saya menyebut perkara ini kerana apabila saya berjumpa dengan penduduk , tuan tanah yang terlibat dia nyatakan bahawa nilai pampasan tanah yang diberikan mengikut penilai, RM48.00 hingga RM53.00 sekaki persegi sahaja kalau tanah kampung,”tanya lagi.
Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya tanah yang berstatus bangunan yang ditukar syarat nilai ianya tidak kurang sebanyak RM250,000.00.
https://youtu.be/ilVqPGeStyE


























