Lebih 20,000 Orang Hilang Pekerjaan Dalam Sektor Minyak Dan Gas

1889

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, lebih 20,000 pekerja sektor minyak dan gas di Kemaman hilang pekerjaan akibat kejatuhan harga minyak.

Keadaan tersebut menyebabkan banyak rumah-rumah kosong dan dalam masa yang sama banyak perniagaan borong, ataupun kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan, menyusut penjualannya.

“peratus jualannya turun sehingga kepada 30 hingga 40 peratus,

Hanafiah1“Inilah dilema yang berlaku di daerah industri yang sangat tersohor di Negeri Terengganu dan dapat menjana pendapatan kepada Majlis Perbandaran Kemaman kepada hampir RM 70 juta setahun,

“Mungkin keadaan ekonomi ini lebih teruk di tahun hadapan mungkin pendapatan ini akan berkurangan,”jelasnya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata demikian ketika membahaskan pembentagan Bajet 2017, pada Sidang DUN semalam 23 November.

Menurutnya, beliau bimbang peluang pekerjaan yang masih ada, dirampas oleh pekerja asing sangat ketara kemasukannya, sebagaimana yang disebut oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia,

“ada 1.9 juta pekerja asing yang masuk secara sah tetapi dalam masa yang sama ada 6.7 juta pekerja asing yang masuk secara haram di Malaysia,

“Tetapi yang agak kritikal yang masuk ke Terengganu. Dulu mereka masuk ke dalam sektor-sektor ‘Oil and Gas’ yang banyak terjejas,”kata beliau.

Oleh itu beliau mempersoalkan, bagaimanakah ada pekerja asing yang ditangkap bekerja di sektor terbabit di negeri ini, sedangkan tiada senarai yang dicatatkan dalam portal sedangkan Kementerian Dalam Negeri menyatakan.

Hanafiah2“dan dasar-dasar semasa sektor pekerja asing tidak terdapat senarai untuk pekerja asing bekerja di sektor industri minyak dan gas dan juga ‘chemical plant’,

“Tetapi kenapa pada hari ini, mereka seolah-olah dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang sebegitu,
“Yang kedua, pekerja asing juga tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja di barisan hadapan seperti ‘welder’, ‘electrical’, ‘technician’ dan seumpamanya, dimanakah peranan kerajaan?,”soal beliau.

Hanafiah juga mengkritik kerajaan yang membelanjakan sejumlah wang yang banyak setiap tahun untuk Zoo Bukit Takal di Ibok.

“saya difahamkan pelancong- pelancong yang datang ke Zoo di Ibok. Tetapi malangnya kami masuk dua hari lepas hanya tinggal dua ekor sahaja harimau yang berada di dalamnya, itupun kurus tak cukup makan, singa pun sudah mati.

“Jadi macamana zoo, orang nak mari. Sedangkan perbelanjaan zoo ini lebih daripada RM2 juta setahun, pendapatannya tidak sampai RM500,000 atau RM600,000,”katanya.

https://youtu.be/30KmE09v7Ss