KUALA TERENGGANU – Satu demi satu, kampung Melayu tradisi di dalam bandaraya Kuala Terengganu lenyap dari muka bumi apabila pembangunan yang mungkin diputuskan oleh kerajaan Umno kerana tidak dapat dielakkan.
Ketika memberikan justifikasi, kerajaan berkata, rancangan untuk membina jalan ‘KT-Bypass’ di Kuala Terengganu itu adalah bagi memastikan lalu lintas lebih lancar terutamanya pada waktu kemuncak dan ketika musim perayaan.


Projek tersebut dilaskasnakan secara dua fasa, kita dalam proses mengambil balik tanah yang mana ia dijangka akan menelan kos lebih RM180 juta dan selesai tahun depan.
Menurut Exco terbabit Rosli Othman berkata, selepas urusan pengambilan semula tanah ini selesai, barulah projek akan dijalankan yang dianggarkan mengambil masa kira-kira dua tahun setengah.
Oleh itu, sudah terdengar ‘keluhan’ dari para penduduk yang terlibat dengan pengambilan semula tanah tersebut, menyataka rasa tidak puas hati mereka.
Menurut wakil rakyat mereka, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, para penduduk bukannya anti pembangunan dan bersikap degil dan keras kepala.
Walaupun mereka ‘dipaksa’meninggalkan rumah, kampung halaman ‘tempat tumpah darah’ dengan seribu kenangan yang bakal ‘mengimbau’, mereka tidak ada pilihan.
ADUN Wakaf Mempelam itu menggesa, kerajaan mengkaji semula jumlah pampasan yang akan diberi kerajaan kerana ia terlalu murah.


“tapi kalau dia ambil tanah (orang) Cina lain………jadi (berlaku) diskriminasi……..kalau dengan kadar (pampasan) sekarang ni, penduduk memang tak puas hati,”jelasnya.
Tegasnya, dengan bayaran ‘semurah’ itu, ‘mangsa KT-Bypass’ itu tidak mampu untuk mencari tanah dan rumah lain sekiranya mereka berpindah.
“jadi nak duduk di mana? Kalau nak beli rumah, rumah di Kuala Berang, Hulu Terengganu pun sekarang tanah sudah mahal,”kata Haji Wahid.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat wakil-wakil rakyat PAS di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini semalam 20 Noember.
Beliau kesal dengan dasar kerajaan yang telah membekukan sebarang urusan tanah-tanah yang terlibat dengan pembangunan lebih awal, menyebabkan para penduduk terbabit tidak diberi peluang untuk mendapatkan sedikit faedah dari pembangunan yang dirancang.
“jadi memang bila ada perancangan, dia (kerajaan) beku (semua urusan tanah), jadi bila dah tak boleh belaka……….jadi kawan ni (mangsa), apabila tahun ada perancangan……orang kampung tahu lewat,


Juesteru itu, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan semula harga pampasan tersebut secara munasabah supaya mereka yang terlibat, boleh berpindah dan membina kehidupan yang baharu.
“kita minta kerajaan pertimbangkan……untuk buat kajian balik dari segi penilaian tu, dia (kerajaan) akan lantik penilai baru dan peguam,
“buat penilaian ‘besar’ sikit pampapasan itu, biar mereka mampu untuk berpindah, boleh meringankan bebanan perpindahan,”tegas beliau lagi.
Katanya, tidak rugi kalau kerajaan berikan lebih sedikit pampasan kepada rakyat sendiri dan demi untuk sedikit kesenangan kepada rakyat.




























