Bajet 2016 Kerajaan Terengganu telah dibentangkan pada 30 November 2015 tahun lalu dengan bertemakan “Transformasi Terengganu Baharu”. Isi kandungannya akan menyebabkan rakyat terpukau dengan keindahan bahasa dan tawaran-tawaran menarik YAB Menteri Besar Terengganu.
2. Sorotan kami mendapati Bajet 2016 Kerajaan Terengganu tidak ke mana. Kami bertoleransi dengan suasana suram ekonomi negara dan kesan yang turut dialami oleh pihak negeri. Pun begitu, beberapa aspek pemulihan kekuatan ekonomi negeri perlu diberikan keutamaan. Ia tidak sekadar memberikan slogan indah tetapi amat memerlukan tindakan terarah yang lebih serius.


4. Agihan pelbagai dana kebajikan semata-mata bukan satu strategi yang baik untuk pemulihan ekonomi. Keupayaan kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil perlu digandakan bukan semata-mata bergantung dengan terimaan bukan hasil melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (baca : Royalti) semata-mata. Kebergantungan sekitar 80-85% terhadap DKKP perlu diubah khususnya melalui Bajet 2017.
5. DPPNT akan meninjau perkembangan Bajet 2017 dengan harapan tawaran Bajet 2017 dapat diseimbangkan sumbangannya untuk generasi muda dan kepentingan rakyat keseluruhan.
Sekian, terima kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
YB HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)
Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh






























