Oleh : Salam Muhammad
Ketika PAS mendakwa dikhianati oleh bekas wakil rakyatnya yang melarikan kerusi dan meminta mereka meletakkan jawatan, pelbagai alasan diberikan oleh mereka yang berseteru dengan PAS. Golongan pro-DAP dan PKR sanggup pula bersekongkol dengan golongan politikus durjana yang akhirnya membentuk PAN.
Begitu juga apabila PAS menegaskan untuk mengambil (bertanding) kembali kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada rakan sekutu Pakatan Rakyat, mereka mendakwa tiada kerusi tradisi bagi satu-satu parti. Tiada istilah kerusi pinjam.


Marah benar DAP dengan pengkhianatan oleh wakil rakyat mereka. Tetapi bukankah dulu, DAP tidak mengganggap pemimpin yang melarikan kerusi PAS sebagai pengkhianat? DAP ketawa dan meraikan pula manusia yang tidak bermaruah itu. Malah akhirnya mereka mengajak pula golongan itu menubuhkan Pakatan Harapan.


Inilah sebahagian sandiwara politik oleh golongan oportunis. Golongan ini mendakwa dengan seribu hujah bertaraf ‘akademik longkang’. Mereka boleh membentang dokumen dengan fakta palsu demi menegakkan benang basah. Mereka megah dengan title professional, pintar berbahas, istilah rahmatan lil ‘alamin, CAT (competency, accountability, transparency dan kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz. Rakyat menjadi keliru lantas membantai PAS dari kiri dan kanan.
Kesimpulannya, motif tulisanku ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat wajah-wajah sebenar pelakon opera yang mementaskan politik palsu dan jelek. Saksikanlah.





























