RUU 355 Tidak Bercanggah Dengan Perlembagaan Dan Wajar Dipinda

3160

KUALA TERENGGANU – Pakar perlembagaan Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz menegaskan bahawa rang undang-undang (RUU) persendirian dibawa anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bercanggah dengan peraturan parlimen.

Screenshot (975)Bahkan, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) wajar dipinda.
“saya mahu nyatakan pendirian saya bahawa tidak ada apa yang tidak kena dengan proses (pembentangan) itu………maknanya ia tidak bercanggah dengan undang-undang.

“Peraturan parlimen perkara 14, 15, 49 menyatakan bahawa ia boleh dilakukan oleh mana-mana ahli parlimen dan menteri yang berkaitan dengn parlimen, boleh membuat keputusan untuk mengusulkan untuk memberi peluang (kepada) mana-mana rang undang undang.

Screenshot (970)“saya mahu menegaskan bahawa ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan, ianya tidak bercanggah dengan peraturan parlimen, ianya wajar dipinda,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hujahnya pada ucapan pembuka kata Forum RUU 355 “Wajarkah Dipinda” yang diadakan di sebuah hotel di sini, pada Sabtu 3 September.

Sebelum itu, beliau mempertikaikan tentang bidang kuasa, mengapakah hukuman yang mahu dikenakan oleh mahkamah syariah yang berada dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, perlu dibawa ke parlimen.

Sedangkan, kata beliau, telah jelas dalam perlembagaan menyatakan bahawa, urusan Islam adalah urusan negeri.
“Berkaitan dengan bidang kuasa hukuman kenapa bila kita bahagikan kuasa antara persekutuan dengan negeri kenapa hukuman ini kena pergi ke parlimen?

shamrahayu
“saya mahu menegaskan bahawa ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan, ianya tidak bercanggah dengan peraturan parlimen, ianya wajar dipinda,” Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz

“Jelas dalam perlembagaan dia (perlembagaan) kata, urusan Islam adalah urusan negeri. Tapi, bila nak kaitan dengan hukuman yang nak dikenakan yang nak dikenakan oleh syriah ini kenapa pergi kepada parlimen? Tak boleh ke nak buat sendiri di negeri?,”soal beliau.

Pada 25 Julai lalu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) beranggapan bahawa rang undang-undang (RUU) persendirian yang akan dibawa anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak sah serta tidak berpelembagaan.

Ahli Lembaga Penasihat MPM, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, RUU itu tidak menjadi keperluan dan tindakan presiden PAS itu sebagai satu pembaziran masa dan tenaga.

Screenshot (971)Sebelumnya, empat individu Melayu telah memfailkan injunksi bagi menghalang pembentangan dan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud yang bakal dibawa Presiden PAS di Parlimen.

Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan injunksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis lalu, atas alasan pembentangan dan perbahasan itu bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

https://youtu.be/3QISknAxpTs