Oleh : Ir Hj Khairil Nizam Khirudin
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) secara tegas meminta pihak kerajaan menangguhkan projek untuk memperindahkan kawasan sekitar Tugu Negara yang dianggarkan akan menelan kos sebanyak RM 650 juta. DPPWP tidak menolak idea untuk menghijaukan Kuala Lumpur, tetapi keperluan bagi projek tersebut sangat tidak perlu buat masa ini. Kerajaan harus memanfaatkan alokasi bajet tersebut untuk keperluan rakyat yang lebih utama.


Negara dan rakyat sedang berhadapan dengan cabaran ekonomi. Kitaran krisis ekonomi juga dijangka bakal berlaku pada tahun 2017/2018. Maka, apa perlunya kerajaan dan agensinya membelanjakan peruntukan yang besar untuk projek yang tidak berimpak tinggi tersebut? DPPWP mahu supaya peruntukan tersebut diagihkan kepada sektor rangsangan ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan kepada golongan miskin dan mudah terjejas. Kami tidak mahu projek tersebut diteruskan buat masa ini.
***Ir Hj Khairil Nizam Khirudin ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan





























