Rakyat Jadi Mangsa Salah Tadbir Urus Pemimpin BN

1359

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Tererengganu adalah sebuah negari yang kaya dengan hasil bumi yang mampu memberi manfaat kepada rakyat, jika ianya ditadbir urus dengan baik.

sekampit beras seekor ayam1Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Haji Alias Harun, kerajaan BN tidak berhemah ketika hasil minyak negeri banyak.
“Hasil minyak, masa minyak banyak, kita membazirkan harta yang Allah kurniakan kepada kita . Bila tak dok barulah kita ‘gelepor’ kerana kita tidak berasa syukur dengan nikmat yang Allah bagi.

“Terengganu memang banyak hasil daripada perut bumi, atas bumi, banyak, minyak, gas, kelapa sawit, getah, bijih besi, pelbagai lagi, silikapun ada. Kalau dapat diurus dengan baik, dengan amanah, saya yakin cukup untuk rakyat negeri Terengganu.”jelasnya.

sekampit beras seekor ayam2Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis ‘Sekampit Beras, Seekor Ayam’ sempena Program YB Bersama Rakyat di UPU Gong Pasir pada Sabtu 27 Ogos, di Surau Taman Rakyat Jaya, di sini.

Kerana salah tadbir urus itu, katanya, rakyat terpaksa menanggung pelbagai bebanan kehidupan.

“Akibatnya sekarang, rakyat yang terpaksa menanggung berbagai-bagai himpitan seperti harga barang yang naik setiap hari dengan kadar yang tinggi,”

“kalau dulu orang kaya sahaja yang bayar cukai, tetapi bila GST dilaksanakan, semua kena bayar cukai, setiapkali beli barang, kita mesti kena bayar cukai, Islam menentang ini.”jelas beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.

sekampit beras seekor ayam3Program tersebut yang bermula sejak waktu subuh dengan Cikgu Alias menunaikan solat berjamaah di Surau Nurulhuda, Gong Pasir, dimana beliau turut menyerahkan beberapa naskah al-Qur’an yang diwakafkan, untuk dibaca oleh ahli jemaah surau tersebut.

Pelbagai acara telah diatur untuk memeriahkan program yang bertujuan merapatkan silaturahim masyarakat di kampung terbabit, dan mengeratkan hubungan sesama warganya tanpa halangan batas politik.
Antaranya ialah sukaneka kanak-kanak, permainan pancing ikan kertas, mewarna dan menyusun ‘puzzle’, khusus bagi kanak-kanak.

Sementara pihak Muslimat sibuk dengan pertandingan memasak mee, menganyam ketupat dan menghias kek cawan.

sekampit beras seekor ayam4Golongan remaja juga tidak ketinggalan menyertai program sehari suntuk itu, dalam acara futsal di gelanggang futsal Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir.

Disamping pelbagai riadah yang diatur, kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun mendapat ‘bonus’ dengan program gunting rambut secara percuma dan cabutan bertuah.

Program ‘Cakna YB’ kali ini merupakan siri kedua yang sedikit berbeza daripada siri pertama, dimana ia dilihat dapat mengeratkan lagi ukhuwah lebih intim di kalangan masyarakat setempat.