

Namun begitu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan kehidupan ditempuhi seorang ibu tunggal dari Kampung Banggol Tok Ku di sini, yang terpaksa tinggal di rumah beratap bocor lebih dua tahun lalu.
(Gambar – mempolitikkan kesusahan rakyat, propaganda Umno-BN; gambar Ahmad said memaku atap biru)
Apa yang menyedihkan Norliza Muhamad, 38, selepas kematian suami sejak Oktober 2008, dia yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap, hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu.
“Hidup kami tidak menentu, malah saya tidak dapat bekerja untuk mencari nafkah selepas kematian suami kerana perlu menjaga anak yang masih kecil,” katanya.
Ibu tunggal yang mempunyai tiga anak berumur lima hingga 18 tahun ini berkata demikian ketika menerima sumbangan hamper, beras dan wang daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri Baharuddin sempena Program Jelajah One Malaysia (JOM) di sini.
Menurut Norliza, masalah itu menyebabkan rumahnya menjadi tidak selesa untuk didiami kerana sering dimasuki air ketika hujan.
Keadaan juga menjadi lebih buruk jika hujan lebat dan berterusan dalam tempoh panjang.
“Dalam tempoh dua tahun ini, jika hari hujan saya dan anak terpaksa menadah air menggunakan besen serta baldi kerana bimbang ia akan merosakkan lantai dan peralatan di dalam rumah,” katanya.
Menurutnya, dia berharap permohonan mendapatkan bantuan atap itu dapat dipanjangkan kepada pihak berkenaan kerana tidak lagi mampu untuk menghuni di dalam rumah yang tidak sempurna itu bersama anak.
Sementara itu, Saiful Bahri berkata, Pergerakan Pemuda UMNO negeri akan melakukan yang terbaik untuk membantu keluarga ibu tunggal terbabit.
“Ini termasuk mendapatkan bantuan atap daripada agensi berkaitan untuk meringankan beban Norliza sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.



























