Hampir 1,000 Warga Marang Iftar Bersama Presiden PAS

1261

Oleh : KAM

MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkesempatan berbuka puasa bersama hampir 1,000 orang warga kawasan Parlimen ini, terutama penduduk di sekitar perkampungan Masjid Rusila.

Pada kesempatan itu, beliau turut menyampaikan tazkirahnya sempena Majlis Iftar Ramadan di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang pada Jumaat 24 Jun.

iftar marang2Sehubungan itu, katanya al-Quran yang diturunkan Allah dibulan Ramadan akan menjadi petunjuk, pemandu dan penyelamat manusia.

Menurutnya, punca yang menjadi pelbagai masalah melanda manusia di dunia hari ini kerana meninggalkan petunjuk Allah SWT dan al-Quran.

“Al-Quran yang diturunkan itu bukan sahaja dalam masalah ketuhanan termasuklah dalam masalah undang-undang. Hendak mengatasi masalah pembunuhan, masalah jenayah, masalah merompak, mencuri tidak pulih dengan undang-undang ciptaan manusia melainkan dengan undang-undang al-Quran, petunjuk Allah SWT.

“Negeri-negeri yang dianggap paling maju dalam dunia (penjenayah) tembak budak-budak sekolah. Bunuh keluarga, bunuh anak-beranak. Jenayah mencuri, merompak tidak terkawal sebabnya kerana tidak ikut hukum yang ada dalam al-Quran.

iftar marang 3“Petunjuk Allah Ta’ala dan tidak ikut hukum hudud, qisas dan takzir yang Tuhan tunjuk dalam al-Quran, (menyebabkan) berlaku huru-hara itu,” ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia turut mengajak manusia khususnya umat Islam agar kembali kepada petunjuk al-Quran Karim.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, hindarilah dari dosa dan maksiat kerana perkara itu datang seperti air banjir yang masuk serta mempengaruhi kehidupan manusia.

“Oleh kerana itu, manusia kena sedar, kena insaf dan balik kepada al-Quran, balik kepada petunjuk Allah SWT.

kam3572(f)-berbuka6“Kita hendak suruh manusia ikut Islam belaka payah. Maka, kita berpeganglah dengan agama Allah Ta’ala sekadar kemampuan kita. (perkara) Yang boleh kita buat hendaklah kita buat dan yang tidak mampu hendak buat kena ada niat dalam hati dengan benci dalam hati.

“Dosa dan maksiat ini seperti ‘air banjir’ masuk mempengaruhi kehidupan manusia. Kita tidak boleh tahan hawa nafsu menyebabkan kita melakukan dosa dan bergelumang dalam dosa,” jelasnya.

Maka, kata Ustaz Abdul Hadi, Allah Ta’ala buka pintu taubat dan manusia boleh minta ampun dari Allah SWT selagi pintu taubat tidak tertutup.