27 Tahun Tanah Felcra Jadi Umpan Pilihan Raya!

1860

KUALA KANGSAR – Mereka terus menunggu janji-janji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), namun sehingga mereka meninggal pun, hak milik bagi tanah yang diusahakan oleh Felcra, tidak juga diperolehi.

Seorang warga emas, Nawawi Haji Mohd Amin, 72, (Gambar kanan) melahirkan rasa kesalnya kerana selama 27 tahun parti pemerintah terus menerus menjadikan tanah tersebut sebagai ‘umpan untuk memancing undi’.

“jadi…….cerita tanah itu hliang begitu sahaja, tapi sakarang ni (saya) sengar dia nak buka bailk, tapi tak tahulah mecamana ia akan diagih-agihkan,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Menora,dekat sini.

Pak ChuKata beliau, tanah tersebut ditanam dengan getah pada mulanya, kemudian diganti dengan tanaman kelapa sawit.

“dia (kerajaan) ceritanya adalah untuk beri kepada rakyat………tetapi tak beri lagi (dan orang ramai terus) mengharap menjadi (umpan) untuk memangkah (mengundi) mereka,

“(sampai) ramai yang dah mati dah………”jelasnya.

Menurutnnya, Umno dan BN telah menjadikan tanah mukim ‘Kampung Buaya’ tersebut menjadi ‘modal politik’ sejak dari zaman Tan Sri Rafidah Aziz menjadi ahli parlimen Kuala Kangsar.

Katanya, sendiri pernah ke pejabat Umno untuk mengisi borang ‘kononnya’ permohonan bagi tanah terbabit.

“saya pernah pergi temuduga………di pejabat Umno, disitulah dia buka boran (permohonan) tu,”kata beliau lagi.