Wanita Umno Ganas…!!!

1129

KUALA KANGSAR – Hampir terjadi pergaduhan ketika kempen rumah ke rumah yang dijalankan oleh kumpulan perayu undi dari PAS apabila mereka secara tiba-tiba dikepung oleh kumpulan wanita Umno dengan bantuan beberapa pemuda Umno.

Namun peristiwa mencemaskan yang berlaku di Kampung Padang Changkat yang terletak bersebelahan Istana Bukit Chandan baru-baru ini, berjaya dihalang hasil kebijaksanaan kumpulan pengiring keselamatan perayu undi PAS.

Belasan orang Umno bersama beberapa lelaki bermotosikal kelihatan di dalam gambar, cuba menimbulkan provokasi bagi menghalang kerja-kerja merayu undi dijalankan di kampung mereka.

Lebih malang, menurut petugas PAS dari kampung berhampiran, ini bukan kali pertama halangan dan ugutan seperti itu dilakukan, pernah terjadi ketika PRU dahulu dan yang paling mengejutkan, halangan ini diketuai oleh golongan wanita dan bukannya lelaki.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, menceritakan mereka memasuki kampung itu dengan kumpulan kecil perayu dengan tiga buah kereta bagi menghadiri majlis tahlil kepada salah seorang penduduk di situ.

IMG_20160615_002148Menyedari risiko dihalau oleh kumpulan penghalang, maka pasukan perayu telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk termasuk risiko dipukul, dan diarahkan agar tidak membalas provokasi jika ada.

Beliau yang tidak mahu dikenali, menjelaskan bahawa mereka tidak menyedari yang Umno juga kebetulannya turut mengadakan program bagi kempen PRK ini dan bagi mengelakkan pertembungan, mereka bergerak ke arah lain untuk berkempen.

Namun, kehadiran mereka disedari juga oleh Umno dan mereka terus mencari bagi menghalau kumpulan perayu undi yang juga terdiri majoritinya daripada muslimat-muslimat PAS.

Ketika itu keadaan menjadi agak tegang, namun dengan kesabaran yang tinggi yang dimiliki oleh petugas-petugas PAS, maka mereka bersetuju untuk keluar sekaligus mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Tiap-tiap kali PRU, memang, kalau muslimat pergi sahaja, memang kena halau.

“Jadi kitapun atur strategi nak masuk dalam kampung tu dulu, jadi saya bawak dua kereta masuk pergi ke rumah si mati tu.

“Jadi kita jumpa dia punya balu dia, dan mintak izin buat tahlillah, jadi dia setujulah.

“Dalam tu, saya suruh ketua kumpulan tu, tu pergi ke merayu undi dari dalamlah, jadi dia sampai ke tengah kampung.
“Kemudian saya ambil lagi satu kumpulan, bawa ikut jalan tengah masuk kampung.

“Saya tak tahu yang diapun ada program (ceramah) dalam (kampung) tu,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, jika kumpulan itu masuk dengan jumlah yang besar, pasti mereka akan disekat awal-awal lagi.

Manakala Puan Zaharah Mohammad Robi, yang terlibat dengan insiden dikepung dan dihalau itu menyifatkan ia sebagai pengalaman yang harus dihadapi oleh pejuang-pejuang yang membawa mesej Islam.

Tambah beliau lagi, inilah kali pertama beliau mengalami peristiwa yang agak menggetarkan itu tetapi beliau bersyukur kerana berjaya mengawal keadaan dari menjadi lebih buruk dan sekaligus menaikkan lagi semangat beliau untuk berkempen melawan Umno.

Beliau kesal dengan cara dia dan kumpulannya dihalau dengan melaung-laungkan yang perayu undi PAS sebagai pengganggu kepada keamanan kampung mereka, sedangkan mereka hanya mahu mempromosikan parti.

Zaharah juga menyeru kepada semua perayu undi agar jangan gentar dengan cara ugutan-ugutan sebegini kerana jika dizahirkan perasaan takut, maka mereka akan memberikan lebih tekanan kepada petugas.

Jelas dan terbukti, politik kelas bawahan dan kekampungan masih menjadi ‘trade mark’ bagi Umno walaupun dunia sudah melewati alaf baru melebihi 15 tahun.