Oleh : NM
LABUAN – Persatuan Rakyat Terengganu Di Perantauan Labuan (RTDP WP LABUAN) berjaya mengagihkan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk percuma kepada penduduk WP Labuan sempena Program Bubur Lambuk percuma bulan Ramadan yang disediakan di perkarangan masjid Sirajul Islam,Kampung Tanjung Aru.


Menurut Pengerusi RTDP, Mohd Rapi,kerja-kerja gotong-royong yang bermula jam10.00 pagi itu berjaya menyiapkan tiga buah kawah bubur lambuk bubur.
“Pengagihan bubur lambuk itu bukan sahaja untuk penyediaan juadah berbuka puasa kepada penduduk kampung tetapi juga dapat merapatkan hubungan sesama masyarakat sekaligus dapat mengimarahkan bulan ramadhan al-mubarak.
“Program yang julung kalinya diadakan dilihat dapat mengeratkan silaturahim dan di kalangan warga kampung dan mencapai objektif masjid”. Ujar beliau.


Seorang lagi ahli jawatankuasa program, Encik Muhammad Al Iman bin Mohd Noor memberitahu program sambutan dari penduduk sekitar Wilayah Labuan amat menggalakkkan sehinggakan edaran bubur lambuk terpaksa dihentikan awal dari jangkaan sebenar kerana kehabisan stok bubur lambuk.
Semoga program khairat kebajikan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

























