Oleh : KAM
PENGKALAN CHEPA – Budaya politik matang dan sejahtera yang digarap oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, bakal menjadi perbincangan umum rakyat.
Pengerusi Kongres Rakyat, Cikgu Azmi Abdul Hamid merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden PAS di atas ucapan dasar yang menjurus penyelesaian kepada segala masalah rakyat.
Katanya, kaedah penyelesaian amat diperlukan sekarang ini dalam keadaan negara dan dunia yang tidak menentu.
Justeru, kata beliau sudah sampai masanya segala konflik yang berlaku perlu diredakan dengan mencari titik persamaan.
“Kita ucap tahniah kepada Presiden PAS (Dato’ Seri Abdul Hadi), ucapan yang menjurus kepada tema penyelesaian.


“Ada pun perbezaan politik masing-masing…itu adalah amalan demokrasi yang kita pun tahu bahawa banyak kecacatan (dalam) demokrasi tetapi kita menerima itu dan saya kira Presiden PAS telah menyatakan bahawa solusi atau sayang berdasarkan Islam,” ujarnya.
Sehubungan itu, Cikgu Azmi turut menyatakan sokongan terbukanya dengan prinsip politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh PAS tersebut.
Katanya, PAS mampu memberi pandangan yang bernas bagi mencapai suatu titik penyelesaian kepada semua kemelut yang dihadapi oleh rakyat.
“Prinsip-prinsip politik matang dan sejahtera itu saya kira PAS akan menjadi perbincangan umum sekarang ini bahawa PAS mampu memberikan pandangannya yang lebih bernas untuk mencapai suatu titik penyelesaian kepada semua kemelut yang dihadapi oleh rakyat.
“Kita sudah terlalu letih dengan konflik-konflik ini sedangkan rakyat terus menderita dengan macam-macam masalah.
“Rakyat boleh memberi peluang kepada PAS untuk menerajui sama ada di peringkat negeri atau pusat, Insya’Allah,” jelasnya bagi pandangan PAS sebagai sebuah kerajaan menanti.
Menurutnya, rakyat boleh memberi peluang kepada PAS menerajui kerajaan disemua peringkat pada pilihan raya akan datang





























