Perwakilan Pemuda Mahu Isu Felda Disatuni Pemimpin Pusat

923

Oleh: NM

Kota Baharu – Bimbang dengan perkembangan terkini melanda masyarakat Felda, hutang yang kian bertimbun, perumahan generasi Felda yang banyak masalah pembinaannya dan pengunaan dana Felda dan FGV untuk menyelamatkan kroni pemimpin negara.

Wakil Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nazmi Abdul Ghani mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen membantah cadangan pembelian 37 peratus saham PT Eagle High Plantations (EHP), anak syarikat Kumpulan Rajawali Group milik Tan Sri Peter Sandokh jutawan Indonesia yang transaksinya nanti bernilai mencecah RM2.55bilion

“Pendekatan NGO GENERASI membuat kunjungan kepada agensi karajaan dan swasta perlu di contohi. GENERASI telah membuat kunjungan dan berbincang membawa pandangan kepada Felda, Risda dan Lembaga Getah Malaysia.” Ujarnya ketika menyampaikan ucapan menyokong ucapan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

“Dengan kedudukan 54 Parlimen yang mempunyai Felda, sudah pastinya isu Felda perlu diberi perhatian oleh pemimpin pusat dan ahli Parlimen PAS.” Ujarnya lagi.

Kerusi Parlimen sasaran Pas juga yang perlu dimenangi pada PRU14 nanti separuhnya adalah kerusi Parlimen yang mempunyai Felda.

Beliau yang ditemui pemberita selepas berucap, mengharapkan sesuatu dapat dibuat untuk
menyelamatkan duit negara. Pembelian 37 peratus saham perladangan Indonesia ini perlu dihalang kerana nilai harga cadangan pembelian terlalu mahal berbanding harga semasa.

Sebelum ini FGV dijangkakan membuat pembelian ini, dan dibatalkan cadangan ini menurut beberapa laporan akhbar baru-baru ini. Kini cadangan ini diteruskan dengan Felda Invesment Coparation pula dijangka meneruskan rundingan ini.

Beliau juga melahirkan kekecewaan apabila isu yang sebelum ini didedahkan oleh Unit Hal Ehwal Felda PAS Pusat di dalam akhbar Harakah, tidak disambut dan diperbincangkan oleh Ahli Parlimen PAS. Selepas ini isu Felda mestilah disantuni oleh mereka agar kepentingan warga Peneroka Felda mendapat pembelaan sewajarnya.

Sehari sebelum itu, seorang wakil dari Selangor juga ada membangkitkan isu Felda ini agar mendapat perhatian sewajarnya dari Perwakilan dan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia.