Mangsa Rumah Terbakar Terima Kunci Rumah Baru ‘Baiti Jannati’

1410

DUNGUN – PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membina dan menyiapkan rumah kepada mangsa kebakaran, yang berlaku ketika musim banjir Januari tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat turut bersyukur kerana pejabat PAS DUN Paka dan Markaz Ehsan telah berjaya menyelaraskan projek rumah Baiti Jannati.

“Alhamdulillah, dengan mengumpul dana dari para peyumbang yang datang daripada pelbagai sumber, sumbgan dari masjid dan surau, individu bahkan sumbangan daripada Tabung Kemiskinan Harakah juga d terima,

IMG_20160410_230311“meskipun wakil rakyat pembangkang di Terengganu ini dinafikan peruntukan pembangunan, tetapi ia bukan alasanuntuk kita berkhidmat dan membantu rakyat,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerrahan kunci rumah ‘Baiti Jannati’ kepada Rosdi b Mahmod 45, di hadapan di halaman rumah baharunya, di kampung Pinang Merah, Paka.

Walaupun beliau masih terlantar kerana baru kembali dari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), namun Rosdi gembira kerana dapat tinggal dirumah tersebut,

Sehubungan itu, Ustaz Satiful yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata, beliau berbangga kerana PAS dapat terus mempraktikkan pendekatan muafakat dan gotong royong.

“Bahkan kita bangga kerna masih menggunakan pendekatan gotong royong, dengan seliaan PAS Cawangan Kampung Pinang Merah,

Justeru itu, beliau berharap agar para muhsinin dan dermawan terus bermurah hati dan ringan tangan untuk menyumbangkan kewangan dan apa jua bahan binaan bagi membantu DUN Paka meneruskan projek ‘Baiti Jannati’.

“Saya mengharapkan agar penyumbang-penyumbang berterusn menghulurkan bantuan untuk projek ‘Baiti Jannati’ di masa akan datang.

“Agar rakyat dan kita terus berkongsi dan saling cakna khususnya kepada mereka yang memerlukan,”tambahnya.