PAS Kuala Terengganu Adakan ‘Hari Bersama Pelanggan’

1985

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan ini mengorak langkah ‘pro-aktif’, meneruskan usaha memasyarakatkan PAS dalam ‘jiwa’ warga Kuala Terengganu dengan menganjurkan ‘Hari Bersama Pelanggan’.

Setiausahanya Ustaz Mohd Soud Said berkata, ia adalah satu usaha mempertahankan kemenangan empat kawasan Dewan Undangan Negeri dan satu Parlimen oleh calon-calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu.

IMG_20160125_225543“ia adalah usaha meneruskan program memasyarakatkan PAS dalam aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Dewan Pemuda, Muslimat, ulama dan lujnah-lujnah dalam PAS Kawasan.

“antaranya adalah, membuka kaunter khidmat pelanggan kepada Ahli PAS, penyokong serta masyarakat setempat melalui kaunter keahlian, pemilih, kebajikan dan lain-lain,”ujarnya.

Selain itu, katanya, program yang akan diadakan sehari suntuk pada Sabtu 30 Januari depan, akan menghimpunkan seluruh pimimpin PAS di semua peringkat, Ahli PAS dan penyokong serta masyarakat setempat akan dapat mengeratkan ukhuwah.

“ukhuwah Islamiah penting bagi para petugas PAS, parti yang memperjuangkan Islam, bagi membentuk ‘saf’ yang tersusun rapi,

“sebelum menyusun ‘kerja-kerja besar’ menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 yang dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi,”jelasnya.

‘Hari Bersama Pelanggan’ itu juga, kata beliau, akan menjadi medan kepada wakil-wakil rakyat serta pemimpin PAS Kawasan untuk bertemu masyarakat atau pengundi dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu.