DUNGUN – Para peniaga kaum Tionghua yang ditemui rata-rata menyatakan keluhan mereka terhadap keadaan ekonomi yang melanda negara masakini dan berkata, perniagaan mereka merosot sejak kebelakangan ini.


“para peniaga mengeluh sekarang……….perniagaan mereka kurang mendapat sambutan, keadaan ekonomi semakin teruk,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas bertemu para peniaga terbabit pada program agihan limau sempena sambutan Tahun Baru Cina, di sekitar bandar Dungun, dekat sini.
Menurutnya, ziarah rumah ke rumah itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang dan Sura, Cikgu Alias Harun serta Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.


“sambutan cukup baik dan mereka ucap terima kasih kerana kata mereka PAS cukup cakna dengan sambuatan ‘Gong Xi Fa Cai’ setiap tahun beri limau,”jelas Puan Serena.
Beliau yang juga akan turut menyambut perayaan tersebut pada 8 Februari depan berkata, acara tahunan tersebut merupakan tanggungjawab beliau dan PAS menyantuni kepelbagaian kaum dan agama dalam negara ini.


























