Warisan Tokku Paloh Perlu DiPelihara

4371

Oleh : Azizah Mahmood

Ulama pewaris para nabi. Itu yang sering tok-tok guru dan para ustaz kita ungkapkan ketika menyampaikan kuliah, ceramah dan sebagainya kepada kita semua.

Namun, persoalannnya, sejauhmana kita menghayati dan menyingkap ilmu dan sejarah yang di tinggalkan para ulamak terdahulu, terutamanya di negeri Terengganu.

IMG_20151123_080254Fakta perjuangan menuntut kemerdekaan dan sejarah para ulamak mengetuai gerakan menghalau penjajah sepatutnya didedahkan daripada satu generasi kepada generasi lain, terutamanya generasi baru.

Ia adalah kerana, mereka diajar dan diberikan input yang kurang tepat tentang apakah sebenarnya yang berlaku dalam sejarah perjuangan orang-orang Islam dan Melayu di tanah air ini.

Justeru itu, beberapa aktivis Muslimat PAS DUN Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu mengambil peluang dan inisiatif meluangkan waktu menziarahi ke ‘makam’ Syed Ab Rahman bin Syed Muhammad atau yang lebi tersohor dengan panggilan Tokku Paloh.

Ramai dikalangan rakyat negeri Terengganu bahkan warga Kuala Terengganu tidak sedar wujudnya sejarah besar, kisah seorang pejuang kemerdekaan yang menjadi teman rapat Tok Bahaman dan Mat Kilau itu.
Paling malang, ia tidak dicatatkan dalam sejarah sebagai salah seorang ‘pejuang’ bahkan warisan perjuangannya juga tidak di hargai oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.

IMG_20151123_080208Kunjungan kami, yang mewakili beberapa Lajnah Muslimat Kuala Terengganu telah di sambut oleh waris terdekat keluarga Tokku Paloh iaitu cicitnya dan beberapa orang saudara maranya yang lain.

“Tokku Paloh Ada ” karamah” nya sehingga begitu tersohor di satu masa dulu, antaranya beliau di nyatakan bertemu nabi khaidir dan bertukar serban, bahkan tentera British mengundurkan tenteranya dari menyerang Terengganu kerana melihat api yang banyak di tepi Pantai sedangkan waktu itu hanya Tokku Paloh sahaja yang duduk di tepi pantai,” ujar Syarifah Fatimah bt Syed Andullah cicit kepada Tokku Paloh yang sudahpun berusia 72 tahun takkala di ajukan soalan tentang Tokku Paloh.

“Tokku Paloh dilahirkan pada 1817M dan meninggal dunia pada 1918M .dan di makamkan di Kg Paloh,” tambah Seorang lagi cicitnya yang bernana Syarifah Fatimah Zaharah binti Syed Muhammad

Kunjungan berinformasi saya bersama 12 orang kawan-kawan yang lain amat sedih kerana tidak ada usaha ‘serius’ yang diambil oleh kerajaan mewartakan makam dan tinggalan sejarah Tokku Paloh sebagai satu warisan yang bermakna di negeri Terengganu.

IMG_20151123_080233“Saya rasa cukup terharu dapat mendengar sendiri pengkisahan tentang Tokku Paloh daripada keluarga beliau dan saya pernah ke makam Tokku Paloh semasa kecil dibawa keluarga saya,

“namun nampaknya tidak banyak perubahan, tiada sokongan kerajaan menjadikan ia satu bahan warisan untuk membina motivasi dan meningkatkan perjuangan anak-anak Terengganu,

“banyak perkara yang perlu generasi Baru tahu tentang ulama tersohor ini,” ujar Puan Rogayah bt Jusoh ketua Lajnah Dakwah Muslimat DUN Wakaf Mempelam.

Kenyataan beliau di sokong oleh Puan Hasmah Abd Rahman, seorang aktivis NGO yang melahirkan rasa sedih melihat perigi dan surau yang pernah di gunakan oleh ‘ulamak nusantara’ itu terbiar begitu sahaja.

“Rugilah kita tidak menjaga warisan ini, tidak memeliharanya untuk suatu motivasi, kalau orang yang jauh datang meninjau dan mengali sejarah Tokku Paloh,

“sedangkan kita yang dekat tidak mengambil peluang ini,”ujar Hasmah .