Alhamdulilah dan Tahniah kepada semua calon UPSR yang telah diumumkan keputusan mereka pada hari ini. Terutama kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Bagi adik-adik pelajar yang kurang berjaya, percayalah bahawa perjalanan pengajian masih panjang dan UPSR bukanlah penentu segalanya.
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, saya ucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutama para guru, warga sekolah dan ibu bapa serta Jabatan Pendidikan Negeri kerana berjaya mengekalkan kecemerlangan Terengganu menjuarai keputusan UPSR.
Dengan berkat doa ,usaha dan tawakkal berterusan, kecemerlangan sebegini merupakan kejayaan yang cukup bermakna buat semua pihak.
Syabas buat semua.
KAMARUZZAMAN ABDULLAH
Ketua Dewan Pemuda PAS
Negeri Terengganu.
Dihantar oleh: JITNT
Langganilah https://telegram.me/PASTrgBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.





























