ADUN Bandar Bersama ‘Pengkhianat’

1063

Saya hairan PKR Selangor dan Kelantan amat menjaga hubungan ‘diplomatik’ dengan PAS negeri negeri yang berkenaan.

Tapi nampaknya Pengerusi PKR Terengganu yang juga ADUN Bandar kelihatannya tidak begitu.

Saya akan puji atau tidak akan berkata apa apa jika beliau bagus dalam peranannya sebagai wakil rakyat DUN Bandar.

Tapi oleh kerana beliau memilih untuk berucap secara terbuka di ceramah PH di Wakaf Dua, Marang beberapa hari lalu bersama sama mereka yang berbuat khianat kepada PAS dari parti PAN dengan ucapan yang memberi mesej kononnya ADUN ADUN PAS tidak bekerja, yang hebat bekerja adalah ADUN Bandar iaitu beliau sendiri, maka pada pandangan saya memang betullah beliau mungkin terlalu lama berada di planet lain dan cuma kembali ke DUN nya singgah sekali sekala sahaja untuk ambil syarat dan bergambar kononnya berada berada di kawasan.

Isu apa sebenarnya diperjuangkan oleh ADUN Bandar dari PKR ini selama menjadi wakil rakyat DUN berkenaan? Orang tak tahu. Rakyat tak nampak apa fungsi dia sebenarnya. Ramai yang bertanya kami ada Adun ke?

Tapi rakyat tahu ADUN ADUN PAS sentiasa berkhidmat di post masing masing. Isu isu sentiasa berbangkit. Ada yang berkesan dengan perubahan dalam beberapa keputusan dan dasar kerajaan negeri yang memberi manfaat kepada rakyat

Tolong senarai sikit apa YB Bandar buat?

Yang bekerja memberi kemenangan adalah jentera PAS. Yang tolong berkempen dari rumah ke rumah jentera PAS.

Susahkah dengan sedikit tunjuk penghargaan dengan tidak perlu menaikkan kemarahan jentera yg kini pening dengan sungutan ramai termasuk dari masyarakat bukan melayu yang sangat kecewa dengan YB yang tidak komited ini.

Saya telah memerhatikan preseden telah dibuat oleh DAP dan PKR dimana ada negeri negeri berbeza ketetapan dengan pusat dalam soal hubungan antara parti ini.

Cuma PAS yang masih konsisten dgn apa yg diputuskan oleh PAS Pusat, begitulah yang dibuat diperingkat PAS negeri.

PAS Pusat berhak untuk membangkitkan kpd PKR Pusat bahawa hubungan hanya boleh berjalan baik jika kepimpinan peringkat negeri tidak dalam keadaan bertentangan. Jika terlalu nyata bersifat subversif kepada rakan tahaluf, susah jadinya kerana tiada jentera yang akan bantu lagi di masa akan datang.

Pada tahap ini, dengan ucapan terbaharu oleh Pengerusi PKR Terengganu YB Azan Ismail yang tidak bertanggungjawab, beliau ternyata telah membakar jambatan yang semakin mereput oleh kelemahan kepimpinan beliau sendiri yang gagal memahami realiti keadaan di Terengganu.

Dan orang Terengganu cukup pantang dengan orang yang masuk angkat bakul sendiri.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan
PAS Kuala Terengganu
11hb November 2015