Pilihan Raya Parlimen Myanmar; Penyokong NLD Rai Menang Keputusan Awal Undi

1955

Pihak pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi mendakwa partinya meningkatkan kemenangan dalam pilihan raya Parlimen Myanmar, dengan penyokongnya sudah meraikan kemenangan besar yang dinanti-nantikan.

Di ibu negara Yangon, sekurang-kurangnya 2,000 orang yang basah kuyp dalam hujan lebat petang semalam, kerana menunggu pengumuman keputusan dan ucapan mungkin yang bakal didengar dari ikon demokrasi Myanmar itu.

Penyokong mengibarkan bendera merah Liga Kebangsaan Suu Kyi bagi Demokrasi (NLD) manakala menyanyi bersama-sama lagu tema kempen serta melaung “NLD, kami akan menang.”

Supporters of Myanmar's National League for Democracy party cheer as election results are posted outside the NLD headquarters in Yangon, Myanmar, Monday, Nov. 9, 2015. Opposition leader Aung San Suu Kyi's NLD party said Monday that it was confident it was headed for a landslide victory in Myanmar's historic elections, and official results from the government that began trickling in appeared to back up the claim. (AP Photo/Mark Baker)

Mereka juga bersorak apabila suruhanjaya pilihan raya mengumumkan kemenangan calon NLD di satu-satu kawasan parlimen, dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di TV skrin lebar.

Sebaik hujan reda sebelum matahari terbenam, saiz orang ramai menoko sekali ganda dengan sehingga lewat malam Isnin.

“Saya amat teruja. NLD menang di bandar saya Kyi Myin Dine,”

“Saya berharap mereka akan meningkatkan pendidikan serta penjagaan kesihatan dan memberikan anak-anak saya kehidupan yang lebih baik.” kata Daw Khin Myo Sett, 39, yang mengundi untuk kali pertama.

Pilihan raya pertama di negara itu yang diadakan secara terbuka sejak beberapa dekad lalu, menyaksikan anggaran 80 peratus keluar mengundi.

NLD memenangi kira-kira 70 peratus undi dikira pada tengah hari ini (semalam), kata jurucakap parti Win Htein.

myanmar-election-NLD-rallyNegara Myanmar menarik nafas lega kerana pengundian yang ditutup pada hari Ahad, tanpa insiden besar keganasan atau pengundi luar aturan (hantu) dilaporkan.

Parti NLD bagaimanapun, membuat aduan rasmi kepada suruhanjaya pilihan raya tentang pelanggaran peraturan-peraturan mengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, U Tin Aye, berkata 48 kes penyelewengan telah didaftarkan, termasuk tuduhan kesilapan dalam senarai pengundi dan kelemahan dalam pengundian awal.

Keputusan awal menunjukkan NLD memenangi kerusi di kubu kuatnya di Yangon, dan juga di Naypyidaw, di mana Parti Kesatuan Perpaduan yang memerintah dan Parti Pembangunan (USDP) menjangka menang disitu, tetapi meleset.

Suu Kyi menggesa negara Myanmar untuk kekal “tenang, aman dan stabil” sambil menghadapi debaran menanti keputusan pilihan raya.