Ilmu Pengurusan Jenazah Penting

1720

Oleh : Che Ana dan Nooreni

KUALA NERUS -Walaupun mengurus jenazah adalah fardhu kifayah yang tidak diwajibkan keatas semua orang Islam yang mukhallaf tetapi mempelajarinya adalah sangat dituntut.

Oleh itu Lajnah Kebajikan Muslimat DUN Seberang Takir merasa terpanggil untuk menganjurkan kursus pengurusan jenazah.

“Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan bagi menghadapi sesuatu kematian di dalam sebuah keluarga dan juga untuk melahirkan para pemandi jenazah yang berilmu “, terang Ustazah Norashikin Binti Arifin, selaku pembimbing kursus yang juga pengurus jenayah di DUN tersebut.

Peserta kursus seramai 44 orang itu telah dibahagi kepada 7 kumpulan agar ia lebih berkesan, untuk penumpuan kepada

Kursus yang diadakan di Surau Taman PERMINT Perdana, Kampung Batin, Seberang Takir dekat sini pada khamis lepas juga dihadiri Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr. Che Faridah Binti Ismail dan Ketua Muslimat DUN Seberang Takir.Ustazah Fadilah Binti Mohammad.