Kilang Tepung Ubi Keledek RM4.7 Juta Terbiar

4189

BESUT – Kilang Tepung Keledek (Vitato) Kampung Tembila, Besut Terengganu, bernilai lebih RM4.7 juta telah siap dibina 100 peratus ada tahun 2013 kini terbiar.

Ahli Dewn Undangan Ngeri (ADUN) Manir Hilmi Harun yang melawat premis tersebut kelmarin kesal kerana wang rakyat dibazirkan begitu sahaja apabila sehingga kini kilang tersebut tidak beroperasi.

“kita merasa amat kesal kerana wang RM4.7 juta bukannnya sedikit, tetapi setelah siap kilang ini tidak ada sebarang aktiviti pengeluaran dilakukan,

IMG-20151106-WA0065“ini satu pembaziran yang amat nyata dan kita menggesa kerajaan memberi pejelasan tentang perkara ini,”ujarnya.

Menurutnya, pada 13 Januari, 2013, kira-kira 3 tahun yang lalu, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) Shawaludin Ahmad berkata, kilang tersebut akan memulakan proses pengeluaran tepung vitato pada minggu pertama bulan April 2013.

Sebaliknya kata Hilmi, bukan sahaja tepung keledek tidak dikeluarkan bahkan pagar kilang dikunci dan kawasan sekitar kilang dipenuhi semak samun.

Sehubungan itu, Pengerusi Lujnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Terengganu Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir berkata sepatutnya kerajaan membina gerai-gerai ubi keledek yang lebih baik di kawasan terbabit, daripada mendirikan kilang itu.

“Sepatutnya kerajaan bina kedai niaga ubi keledek yang lebih selesa sekitar tepi jalan Kampung Tembila dan mempromosikan Kampung Tembila sebagai hab pengeluaran ubi,

“kedai yg ada sudah terlalu uzur, tiris di musim hujan dan membahayakan keselamatan peniaga kerana terlalu hampir dengan jalan raya,”ujarnya yang turut sama dalam lawatan itu.

IMG-20151106-WA0070Ianya lebih bermanafaat, kata beliau, kepada peniaga berbanding dengan kilang ubi keledek yang sehingga kini tidak beroperasi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa LATAS Haji Mohd Said menyifatkan ia adalah satu kegagalan kerajaan khususnya agensi PPNT menguruskan komuniti petani.

Menurut beliau, rancangan PPNT sebagaimana yang diumumkan oleh Pengurus Besarnya untuk mewujudkan ladang mini estet vitato seluas 33.5 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai, Besut sebagai sumber utama bekalan berterusan vitato tidak berlaku.

Hj Mohd yang juga mantan Timbalan Pengarah Pertanian Terengganu mempersoalkan kemanakah perginya peruntukan RM300,000 untuk membangunkan kawasan tersebut.

“saya anggap ia gagal, rancangan yang tidak berjaya, buat kilang tapi bekalan ubi keledek tidak ada, buat rancangan tapi perlaksanaan tidak berjalan,

“kita mahu bertanya pihak berkaitan, kemanakah perginya peruntukan RM300,000 itu,”soal beliau.