Jerebu Tebal; Lapangan Terbang Kerteh Ditutup

2898

KUALA TERENGGANU – Ekoran catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat petang semalam yang dicatat Jabatan Alam Sekitar dengan bacaan 136, Lapangan Terbang Kerteh terpaksa ditutup sejak jam 8 pagi hari ini atas arahan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Keadaan jerebu semakin buruk berbanding bacaan 115 pada pagi semalam menjadikan Kemaman sebagai daerah paling terjejas akibat pencemaran itu.

Daerah tersebut mula dilanda jerebu pada minggu lalu, kini merebak sehingga ke bandar-bandar lain termasuk Kuala Terengganu.

IMG-20150915-WA0141Pengurus Komunikasi dan Pehubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata, operasi lapangan terbang berkenaan ditutup sementara dan semua penerbangan ditangguhkan sehingga DCA mengesahkan keadaan kembali pulih dan selamat.

Katanya, Lapangan Terbang Kerteh berkenaan menerima pendaratan akhir dari pesawat Malindo Air pada jam 7.30 pagi sebelum ia ditutup.

“Penutupan sementara ini disebabkan jarak penglihatan yang direkodkan Jabatan Mateorologi Lapangan Terbang Kerteh adalah kurang daripada 800 meter.

“Pada jam 8 pagi tadi jarak penglihatan yang direkodkan adalah 600 meter dan ia merosot kepada 400 meter pada jam 10 pagi dan pada jam 12 tengah hari pula jarak penglihatannya 500 meter,” katanya.

Menurutnya, penutupan itu menjejaskan penerbangan dua syarikat penerbangan komersial yang beroperasi di lapangan terbang itu iaitu Malindo Air dan Fire Fly.

Selain itu, Zamri berkata, turut terjejas adalah pertukaran kru luar pantai (pekerja) ekoran pemberhentian iperasi helikopter.

IMG-20150915-WA0138Dalam perkembangan yang sama, tinjauan yang dibuat pada malam ini, Lapangan Terbang Sultan Mahmud masih beroperasi seperti biasa.

Namun begitu, keadaan agak lengang di bandaraya ini pada malam ini dengan kebanyakkan tempat tumpuan seperti di ‘Waterfront’ Pulau Kambing kekurangan pengunjung walaupun esok adalah cuti umum.

Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.

Bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lokasi terbabit mencatatkan tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya dengan Banting kawasan yang paling teruk terjejas dengan bacaan