Mengapa Kerajaan Tidak Menunggu Selepas Keputusan Mahkamah Persekutuan?

2077

KUALA NERUS – Robohnya rumah milik Zuliadi Putih, 46, tepat jam 9.36 pagi ini, di Kampung Banggol Donas menjadi simbol kemuncak ‘kepongosan’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menangani masalah rakyat.

20150914_081320Walaupun kes pengambilan balik tanah Banggol Donas masih dalam proses perbicaraan mahkamah, kerajaan begitu rakus mahu merobohkan bagi rumah penduduk yang masih bertahan menuntut hak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas Haji Salleh Embong telah bersemuka dengan ‘gerombolan’ penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan pihak polis dan meminta penjelasan.

Pegawai yang menjadi ketua operasi perobohan Fardiana Hashim, gagal mengemukakan sebarang perintah mahkamah yang mengarahkan tindakan tersebut.

Bahkan Pegawai Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Kuala Terengganu itu turut gagal menjawab persoalan, mengapa rumah tersebut perlu dirobohkan sekarang dan bukan selepas perbicaraan yang bakal diadakan di mahkamah pada 22 Oktober dan 5 November depan.

“mahkamah tinggi sudah putus hari itu (tapi) tak ada arahan khusus untuk penguatkuasaan…..jadi bila-bila masa 20150914_084319kita ke ‘on lah’ (teruskan)………,”ujar Fardiana ketika bercakap dengan Haji Salleh Embong dan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ustaz Ridzuan Hashim dan Ustaz Hilmu Harun yang turut berada di lokasi.

Haji Salleh berkata, beliau sudah berbincangan dengan Pegawai Daerah untuk bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Ahmad Razif Abdul Rahman, namun Razif berkata, tunggu keputusan mahkamah.

Oleh itu, kata Haji Salleh, tidak ada arahan mahkamah untuk merobohkan rumah penduduk kerana kes tersebut masih dalam perbicaraan.

“tidak ada arahan (kerana) proses perbicaraan belum lagi selesai (kalau nak roboh) mesti mahkamah beri satu arahan untuk roboh, tak boleh dengar cakap macam tu sahaja, tak boleh begitu,

roboh banggol donas 2“saya sendiri dah berapa kali jumpa DO (Pegawai Daerah) untuk berunding…….kita beritahu mahkamah untuk berunding…..tapi pihak LA (Pegawai Undang-undang) kata MB tak mahu berunding…..nak tunggu keputusan mahkamah,”jelasnya

Oleh itu beliau mempersoalkan, keputusan mahkamah belum ada mengapa datang untuk merobohkan rumah beliau.

“siapa nak bertanggungjawab dengan harta benda saya yang diroboh, kalau mahkamah arah tak apa……..,”tambah Haji Salleh.

Beliau menegaskan ada dua lagi tarikh mahmakah yang telah ditetap pada bulan Oktober dan November depan.

Secara tidak langsung Fardiana mengakui arahan operasi perobohan tersebut telah dibuat oleh pihak Pegawai Undang-undang Kerajaan Terengganu.

roboh banggol donasBeliau berkata demikian apabila diajukan soalan oleh peguam Yasin Aminuddin Anwar yang turut berada dilokasi ketika operasi perobohan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, pihak pejabat tanah tetap berkeras untuk merobohkan lima buah yang diarahkan.

Selepas perbincangan itu, Fardiana meninggalkan lokasi dan dimaklumkan oleh beberapa pegawai yang terbabit, operasi akan tetap diteruskan.

Terdapat sekurang-kurangnya dua orang lelaki dalam kumpulan penguatkuasa itu yang beriya-iya mahu merobohkan rumah penduduk terbabit.

Dalam keadaan teragak-agak itu, akhirnya mereka memilih rumah Zuliadi yang dilihat sebagai tiada berpenghuni.

Dal20150914_104933am pada itu ADUN Manir Hilmi Harun yang telah menghubungi beberapa pemimpin Umno dan juga pemimpin kerajaan dan telah berjaya bercakap dengan MB sendiri.

Dalam meminta penjelasan dan memohon agar perobohan tersebut dibatalkan serta meminta pihak kerajaan mengadakan perundingan dengan pihak pemilik tanah.

Persetujuan dicapai supaya pihak penguatkuasa memberhentikan tindakan mereka setelah merobohkan rumah Zuliadi.

https://youtu.be/-nkv6phOBl4

https://youtu.be/8tpxS3fHGEY