Rakyat Tidak Boleh Hanya Jadi ‘Pemerhati’ Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

883

MARANG – Rakyat tidak boleh berdiam diri dan hanya menjadi pemerhati tetapi mesti bertindak untuk memastikan negeri Terengganu dan negara ini maju dan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Tibalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, tidak ada pilihan lain kepada rakyat kecuali membuat suatu perubahan.

“saya baru bercakap dengan bekas pemimpin Umno Tuan Shafie yang juga bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK),

Screenshot (1552)“beliau berkata sekarang ini orang tak percaya dah dengan kepimpinan kerajaan sekarang, terlalu banyak kelemahan dan kekurangan,”ujarnya.

Menurut mantan Exco kerajaan negeri Terengganu itu, PAS yang pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, banyak membuat perubahan dan program yang menguntungkan rakyat, walaupun royalti minyak ditarik oleh kerajaan persekutuan ketika itu.

Oleh itu, beliau menegaskan PAS adalah parti yang layak untuk menggantikan Umno kerana konsisten dalam perjuanganannya.

“sudah tentulah, sekiranya (diberi mandate) berkuasa pada pilihanraya umum akan datang, diberi kuasa di peringkat nasional dan di negeri Terengganu,

“saya yakin, rakyat boleh mengharapkan masa depan yang lebih baik dan lebih gemilang,”jelasnya.