Perwakilan Pemuda Berani Zahirkan Perbezaan

1119

Oleh: NM

SHAH ALAM – Keberanian perwakilan dalam menyampaikan isi ucapan perbahasan dan menerima ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia dapat dilihat hari ini. Perwakilan yang menyokong penuh ucapan Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat berhempas pulas meneruskan ucapan walaupun terganggu dengan suara-suara perwakilan yang tidak puas hati dengan ucapan pembahas.

IMG-20150603-WA0085Wakil Pemuda Negeri Sembilan, Sahrizal Masrudin beberapa kali menyatakan tidak puas hati dengan sikap perwakilan yang cuba menganggu ucapanya yang mempertahankan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda. Kadang kala pembahas ini dilihat beremosi dan “ geram” dengan sikap ini dan yakin jika budaya ini yang ditunjukan oleh sebahagian perwakilan pemuda kali ini pastinya akan terhalang untuk memenangi hati rakan dalam pakatan rakyat apatah lagi menawan Putrajaya, ujar beliau dengan nada emosi.

Perwakilan dari Terengganu Y.B.  ustaz Hilmi Harun pula mempersoalkan Ucaptama ketua pemuda menyentuh tentang kualiti tarbiyah yang dianggap tahap paling rendah. “apakah  Neraca ukuran yang digunakan? Apakah pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pas pada hari ini melalui tarbiyah yang lain? “ soal beliau lagi diiringi laugan takbir dari perwakilan.

Ustaz Mohd Aiman Shamsul Bahrin dari Pulau Mutiara dilihat mempertahanka tindakan Presiden pas dan mendapat sokongan padu dari perwakilan.Beliau beberapa kali sinis dengan ungkapan pendekatan budiman yang dibawa oleh ketua pemuda Pas dengan beberapa kali menyampaikannya dengan pantun.

IMG-20150603-WA0062Suasana dalam dewan juga diam seketika apabila timbalan pengerusi tetap mencelah dengan bahasa yang lembut dan bersahaja, Ustaz Ridhuan Mohd Nor mengambil tugas daripada pengerusi tetap Ustaz kamal Shaari

Wakil Kelantan mengakui keperluan pakatan dalam gabungan melawan umno. Beliau menarik perhatian apabila sering berbicara loghat Kelantan. Pasal kemenangan beliau memberi perumpaan perkahwinan yang melibatkan wanita dan tidak diberi zuriat oleh Allah dan disambut dengan gelak dari perwakilan. Kelantan dilihat oleh seluruh dunia dalam soal pelaksanaan kanun jenayah syariah dan mendapat halangan dari rakan pakatan dengan menyampaikan dalam bentuk cerita tiga ekor arnab dan menyebabkan dewan gamat dengan gelak jalan cerita yang disampaikan.

“Kelantan terkilan dengan ucapan ketua pemuda yang menyamakan Tuan Guru Presiden dengan Najib dan umno” Ujar beliau dan disambut laungan takbir dari perwakilan.

Perwakilan kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi menamatkan ucapan dengan pantun gurindam negeri kelantan dan sekali lagi menarik perhatian perwakilan.

Timbalan Pengerusi tetap mengumunkan muktamar ditangguh jam 1:50 dan disambung kembali jam 2:45 petang.