735 Perwakilan Pemuda Akan Memilih Saf Kepimpinan Hari ini

1124

Oleh : NM

SHAH ALAM – Seawal memulakan Muktamar hari kedua, perwakilan Pemuda dari 175 Kawasan akan melaksanakan proses pengundian mengikut negeri seperti diberi taklimat oleh wakil Jawatankuasa Parti malam tadi.

Ucapan Perasmian telah dilunaskan oleh Timbalan Presiden Parti dengan dengan membariskan beberapa aspek penekanan terhadap isu politik semasa tanahair dan isu dalaman yang terus mehambat Parti Pas.

Pengukuhan dan kebergantungan kepada Pakatan Rakyat diberi penekanan dalam ucapan Tuan Haji Mohamad bin Sabu kepada perwakilan. Perbalahan sesama gerakan Islam di beberapa buah negara Islam perlu dihalang jika ianya dilihat ada di dalam Pas.

Dalam ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada perwakilan, beliau membawa isu yang melanda parti pemerintah yang telah menyebabkan kehilangan hasil bumi sekian lama, hutang negara dan keruntuhan akhlak
dan moral rakyat .

Dengan cuba mengankat tema ” Mempersiap Generasi Kemenangan “, beliau mengariskan gagasan melahirkan Pemuda Al- Helmy.

” Menginsafi bahasa salah satu sifat tarbiyah harakiyah Islamiyah ialah KAFFAH iaitumenyeluruh, saya ingim meluncurkan gagasan Pemuda Al- Helmy, iaitu Pemuda yang memiliki pakej Rabbani, Fakih dan Haraki”. Ujar Suhaizan Kaiat semasa menyampaikan ucapan di hadapan perwakilan.

Beliau juga mengariskan 10 perkara Agenda Bertindak untuk Pemuda Pas laksanakan bagi mencapai tema Muktamar kali ke-56 ini.

Dengan perjalanan Muktamar Pemuda yang dilihat banyak menimbulkan kekecewaan oleh pemerhati khasnya ia bakal mengundang pesepsi dan bakal mempengaruhi perwakilan dalam membariskan pemimpin Pemuda untuk memacu golongan ini.

Muktamar kali ini menyaksikan pemerhati tidak dibenarkan masuk ke dewan utama seperti lazimnya. Pihak urusetia Muktamar menyediakan dewan lain dengan dua skrin besar. Pihak Urusetia memaklumkan masalah ini berlaku kerana keadaan dewan yang sedang dinaik taraf menyebabkan sebahagian kerusi di ruang atas Dewan tidak dapat digunakan.

735 perwakilan yang akan mengundi seawal pagi sesi Muktamar pagi ini dan dijangka menarik perhatian pemerhati seluruh negara kerana beberapa tindakan Urusetia mencetuskan rasa tidak puas hati pemerhati dan pengamal media yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan utama.