Bekas Tentera Tidak Terbela

1327

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/madsaidkroni.jpgBESUT – Seorang bekas tentera yang rosak kedua-dua belah pinggangnya hidup menderita tanpa pembelaan dari kerajaan Umno dan Barisan nasional yang kononnya mengamalkan slohgan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan’.

Sabri Che Hassan, 39, bekas anggota  Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) Kem Padang Midin, Kuala Terengganu terpaksa bergantung hidup dengan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu.

Setelah terpaksa berhenti daripada perkhidmatan tentera berikutan masalah kesihatannya itu sejak April tahun lalu, beliau tinggal seorang diri di pondok kecil yang tidak mempunyai kemudahan asas dan hanya bertemankan lampu pelita pada malam hari.

Walaupun telah berkhidmat selama 10 tahun, segala jasanya berkhidmat dengan kerajaan seolah-olah sia-sia dan tidak dihargai.

(Gambar fail – pentabiran Ahmad Said hanya untuk kroni??)

Dalam keadaan negeri Terengganu yang didakwa pemimpin Umno banyak memberikan bantuan kepada rakyat, Sabri tidak mendapat apa-apa pertolongan samada sumbangan dari wakil rakyat, bantuan dana khas atau ‘wang ehsan’ atau mana-mana dana kerajaan negeri Terengganu yang didakwa ‘merakyat pembangunan dan pentadbiran negeri Terengganu’.

Pihak Angkatan Tentera, Jabatan Hal Ehwal Veteran Kementerian Pertahanan Malaysia dan Persatuan Bekas-bekas Perajurit juga tidak muncul bagi meringankan Sabri menanggung kos rawatan hemodialis sebanyak RM13 setiap rawatan.

“Setiap kali mendapatkan rawatan hemodialisis, saya perlu membayar RM13 dan sehingga kini bil rawatan saya sudah tertunggak selama tiga bulan iaitu berjumlah kira-kira RM150.

“Kini, saya hanya mampu hidup atas belas kasihan abang saya, Suhaimi dan jiran yang sudi menghulurkan makanan,” katanya.

Sabri berkata, berikutan sakit buah pinggang, dia juga sering lelah, hilang tenaga dan rasa tidak selesa.

“Selepas menjalani rawatan hemodialisis, badan saya agak sihat dan sudah boleh mencangkul sekeliling rumah.

“Saya berharap mana-mana pihak khususnya Jabatan Hal Ehwal Veteran Kementerian Pertahanan Malaysia dan Persatuan Bekas-bekas Perajurit boleh membantu meringankan sedikit beban hidup saya,” katanya kepada Sinar Harian