Catatan Perjalanan Misi Kemanusiaan ke Nepal Hari Pertama

1083

Rombongan Misi pertama ini terdiri dari dua orang sukarelawan dari Yayasan Amal Malaysia (YAM), dua orang doktor perubatan, dua orang dari NGO Muslim Care seorang dari Yayasan Amal Terengganu.

IMG-20150506-WA0036Selain bagasi pakaian, kami membawa ubatan-ubatan sebanyak 7 kotak untuk diserahkan kepada magsa-magsa gempa bumi di negara Nepal itu.

Pada hari pertama, Rabu, 6 Mei 2015, rombongan bertolak dari KLIA 2 dengan pesawat Air Asia jam 1 petang dan tiba di lapangan terbang antarabangsa Nepal jam 6 petang waktu Malaysia atau 3:45 petang waktu Nepal.

Selesai urusan ‘visa on arrival’ dengan kos USD25 setiap orang, kami di sambut oleh Encik Kursyid dari ‘Islami Sang Nepal’ dan di bawa ke masjid Nepali Jame’ Masjid, Ghantaghar, Khatmandu untuk solat jama’ ta’khir.

Kemudian di bawa ke Hotel Yellow Pagoda untuk menginap 1 malam shja. 4 bilik di ambil dengan kos USD100 sehari.

Pada jam 7 petang, Syeikh Nazrul Hussain Falahi ( Presiden Islami Sang Nepal ) dan Dr Abd Rahman Muhyiddin ( Presiden Jamiat Islami Of Sri Lanka ) datang ke bilik Presiden Yayasan Amal Malaysia Cikgu Hussein Ismail untuk berbincang santai.

IMG-20150508-WA0012Kami dimaklumkan bahawa keperluan paling utama ialah khemah untuk perlindungan. Kami juga dimaklumkan bahawa Nepal terbahagi kepada 3 kawasan iaitu kawasan tanah tinggi, kawasan tanah rata dan kawasan pergunungan Himalaya.

Jam 8 malan delegasi telah di bawa ke pejabat Islami Sangh Nepal untuk malam malam. Menu ialah gulai kambing dan sayur segar.

Selepas makan malam, di adakan majlis ringkas penyerahan computer bimbit sumbangan YAM dan IFRD kepada Syeikh Nazrul Hussin, Presiden Islami Sangh Nepal.

Setelah itu di adakan majlis taaruf antara kedua pihak. Syeikh Nazrul menjelaskan bahawa video orang Nepal yang bunuh kerbau yang telah viral dalam laman sosial dan aplikasi Whatsapp itu sebenarnya amalan ritual golongan hindu Nepal yang diadakan 5 tahun sekali.

Ia dinamakan majlis pengorbanan yang dilakukan oleh orang hindu Nepal. Binatang yang dibunuh itu ialah kerbau.

Kami juga diberitahu oleh Syeikh Nazrul bahawa barangan yg dikirim melalui TUDM tak akan sampai kepada mereka. Kami juga dimaklumkan bahawa orang Islam Nepal yang terlibat dengan gempa bumi ini tinggal di daerah Gurkha.

IMG-20150508-WA0011Dr Muazzam Amsar, koordinator Islami Sang Nepal, akan memberi taklimat lanjut berkenaan jadual perjalanan program misi kami pada keesokan harinya jam 9 pagi dan ahli deligasi akan ‘Check Out’ dari hotel ‘Yellow Pagoda’ untuk pindah ke bajet hotel yang jauh lebih murah bersebelahan Masjid Nepali Jame Masjid, Ghantaghar, Khatmandu.

Selepas ‘Check Out’ esok, Dr Muazzam akan ‘briefing’ program dan maklumat berkenaan tempat gempa bumi.

Kami dimaklumkan bahawa esok sepanjang hari, kami akan di bawa melawat kawasan gempa bumi. Jarak perjalanan lebih kurang 1jam 40 minit. Selepas maghrib akan di adakan mesyuarat penyelarasan kerja.

Ahli delegasi balik ke Hotel selepas mesyuarat dan makan malam tersebut. Kami juga terserempak dengan NGO dari Turki ( ihh Insani Yardim Vafki ) yang turut diuruskan oleh Islami Sangh Nepal.

Sekian catatan hari pertama.

Wan Sukairi Wan Abdullah,
Yellow Pagoda Hotel,
Khatmandu, Nepal.
11:22 pm
6 Mei 2015