Pertempuran Sengit Di Bandar Aden ; Penduduk Melarikan Diri

1159

Pertempuran sengit berlaku di bandar Aden yang dikepung syiah Houthi apabila pasukn yang setia dengan Presiden Yaman menyerang pemberontak tersebut, bagi mengawal lapangan terbang utama.

Sumber-sumber memberitahu Al Jazeera pada hari Khamis bahawa perang itu berkecamuk di lapangan terbang antarabangsa Aden, apabila pasukan Jawatankuasa Penentangan Popular dan penduduk tempatan, bertukar bedilan tembakan kereta kebal dan mortar dengan pihak Houthi dan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Yemen_Iran_1_3260447bJawatankuasa Penentangan Popular (The Popular Resistance Committees), yang setia kepada Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, mengambil semula kedudukan di bandar itu dari Houthi selepas pesawat perang daripada gabungan negara-negara Arab mengebom kedudukan syiah itu.

Sementara itu, penduduk memberitahu agensi berita Reuters bahawa berpuluh-puluh keluarga telah melarikan diri Aden, menempuh penembak tepat Houthi dan pusat pemeriksaan kerana rumah yang telah dibom dan dibakar.

“Keadaan itu adalah bencana, bukan sahaja di jalan-jalan di mana pertempuran sedang berlaku tetapi di dalam rumah di mana keluarga sering terperangkap dan ketakutan,” kata Ahmed al-Awgari, seorang aktivis tempatan kepada Reuters.

“Wanita dan kanak-kanak telah dibakar di rumah mereka, orang awam telah ditembak di jalan-jalan atau diletupkan oleh peluru meriam dari kereta kebal,” katanya.

Di daerah yang sibuk, Kraytar, sekurang-kurangnya lapan pemberontak Houthi terbunuh dan 13 lagi cedera, sebaik serangan udara menolak pasukan syiah mundur ke belakang.

perang yamana1Pesawat perang juga menembak sasaran pemberontak di bandar pusat Taiz, dengan jet gabungan Arab menyerang pasukan Pengawal Republik ke-22, satu unit tentera yang ada hubungan dengan Houthi.

Serangan gabungan udara juga disasarkan kepada kedudukan Houthi di wilayah-wilayah selatan termasuk Lahj dan Abyan, menurut pejuang pro-kerajaan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Arab Saudi berkata, tiga anggota tenteranya terbunuh dalam daerah Najran pada hari Khamis, menjadikan jumlah seramai 14 orang sejak serangan gabungan Arab menyerang Yaman.
Kementerian itu juga berkata, berpuluh-puluh pemberontak Houthi terbunuh oleh serangan udara gabungan baru-baru ini.

Dalam perkembangan berasingan, menteri-menteri dari enam monarki Sunni Arab Teluk bertemu di ibu negara Saudi, Riyadh pada hari Khamis dan menolak permintaan Iran yang mahukan pertemuan antara kuasa politik yang bersaingan di Yaman yang akan diadakan di tempat berkecuali.

perang yamanaTehran mencadangkan satu rundingan PBB antara puak politik di Yaman di tempat ‘neutral’, dengan tidak memasukkan wakil semua negara yang mengambil bahagian dalam kempen ketenteraan.

Tetapi dalam satu kenyataan selepas perbincangan itu, enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berkata ia akan “mengadakan persidangan di bawah naungan sekretariat GCC di Riyadh”.

Persidangan ini akan dihadiri oleh “semua pihak Yaman dan komponen yang menyokong kesahihan dan keselamatan dan kestabilan Yaman,” kata Setiausaha Agung GCC Abdullatif al-Zayani.

Semua anggota GCC kecuali Oman mengambil bahagian dalam serangan gabungan Arab yang bermula ke atas Yemen pada 26 Mac dengan tujuan untuk mengundurkan Houthi dan mengembalikan kuasa Presiden Hadi.

Bagaimana pun puak Houthi enggan menarik diri daripada wilayah mereka ditawan, dengan tindakan itu, mereka menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengenakan sekatan senjata dan sekatan ke atas pemimpin-pemimpin mereka.