Calon PAS Gesa Tingkatkan Pembangunan Pulau Tioman

1467

PULAU TIOMAN – Calon PAS bagi PRK Rompin Ustaz Nazri Ahmad menggesa pihak kerajaan membaikpulih projek-projek yang terbengkalai dan tidak boleh digunakan oleh warga Tioman.

Ustaz Nazri dengar tiomanBeliau juga meminta pihak kerajaan camputangan dalam pengurusan lapangan terbang di Kampung Tekek dekat sini, serta menyegerakan usaha agar mengembalikan penerbangan ke pulau tersebut bagi merancakkan industri pelancongan.

“saya bersama dengan rombangan pemimpin pusat dan negeri termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Muslimat YB Sii Zailah Yusof telah turun menziarahi warga Pulau Tioman ini,

IMG_8098 (2)“Alhamdulillah saya bertemu dengan penduduk di sini dan penerimaan mereka baik…..In sha Allah akan menjanjikan satu perubahan pada PRK Rompin pada 5 Mei ini,

“antara keluhan mereka adalah agar pihak yang berkuasa ambil peduli dan cakna terhadap nasib penduduk dengan(memperbaiki) prasarana dan kemudahan (asas) agar dapat membangunakan pusat peranginan yang terkenal ini (kepada yang lebih baik),”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media di Kampung Genting dekat sni selepas menamatkan program ziarah kempen sehari semalam bermula pada Rabu 29 April.

IMG_8047 (2) - CopyKesemua tujuh penempatan iaitu Kampung Tekek, Kampung Juara, Teluk Air Batang, Kampung Salang, Kampung Genting, Kampung Paya dan Kampung Mukut telah diziarahi oleh pasukan kempen tersebut.

( Gambar – Ustaz Nazri beramah mesra dengan para penduduk di Pulau Tioman )

 

u nazri tioman

IMG_4737 (2) - Copy