ROMPIN – Naib Presiden PAS Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan menyifatkan perisytiharan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai adalah satu penipuan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata anugerah sebagai 10 pulau tercantik didunia itu sepatutnya selaras dengan Tioman yang telah diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai.


tetapi tidak membawa sebarang perubahan kepada penduduknya.
Bukan sahaja tiada sebarang perubahan kepada penduduknya, bahkan beberapa projek yang dilaksanakan kerajaan kini menjadi ‘gajah putih’.
“anugerah ‘title’ 10 pulau tercantik dunia ini mestilah selaras (keindahannya) selaras (pula pembangunannya) dengan pulau bebas cukai,
“waktu (ketika) itu kapalterbang daripada Singapura, dari Kuantan dari Kuala Lumpur…..sekejap-sekejap (banyak kali) turun, hari ini sedikit dari Kuala Lumpur, sedikit dari Singapura,”katanya ketika menyampaikan ceramah sempena PRK Rompin di Kampung Tekek Pulau Tioman.
Dakwaan Ustaz Tuan itu dijawab oleh para hadirin, ‘pun tiada’ mengesahkan tiada lagi operasi mana-mana penerbangan di lapangan terbang tersebut.
“Singapura pun tiada dah tiada……bungkus…..habis……,”jawab beberapa hadirin dari lebih lebih 100 penduduk yang mendengar ucapan tersebut.


Berbanding dengan Pulau Langkawi, sejak diwartakan sebagai ‘bebas cukai, telah mendapat peruntukan berjuta ringgit setahun dengan pelbagai program diadakan seperti Le Tour De Langkawi dan LIMA yang dianjurkan kerajaan.
Tetapi Pulau Tioman kata beliau, harga barang keperluan harian adalah lebih mahal berbanding dengan tempat-tempat lain.
Ditambah pula, pusat bebas cukai yang diwujudkan hanya sebuah bangunan kosong, yang tidak banyak menjual barangan sepatutnya.
“tuan-tuan pergi ke kompleks bebas cukai…..apa yang ada? Kosong……taka da apa! Kalau saya sebagai pelancong luar yang datang…….saya tengok kompleks bebas cukai yang macam itu…….ini (bebas cukai) apa ni?,”soal beliau.
Selain lapangan terbang dan kompleks bebas cukai tersebut, dua projek lain yang dibangunkan kerajaan, ‘Insinerator’ dan jeti ‘kargo’ menjadi sia-sia kerana tidak dapat digunakan.
Beliau menambah, jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk projek pelupusan sampah ‘Insinarator Pulau Tioman’ hanya membazirkan wang rakyat .
“ini bermakna kerajaan pusat langsung tidak memberikan perhatian kepada tuan-tuan di Pulau Tioman,


“sekarang ni incinerator tidak berjalan…..tidak berfungsi, akhirnya sampah terpaksa diangkut dengan tongkang dibawa ke darat……dan sampai sekarang,”jelas beliau
Sehubungan itu, seorang aktivis masyarakat, Darus A.Aziz memberitahu, jeti kargo untuk mengangkut barang-barang keperluan dari saratan ke pulau Tioman tidak dapat digunakan.
Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Pak Teh’ dikalangan ‘orang pulau’ adalah seorang peniaga runcit.
Katanya pembinaan jeti tersebut yang tidak mengikut keperluan menyebabka kesukaran kepada peniaga melayu di pulau tersebut.
“dia (kerajaan) bina tidak mengikut nasihat yang diberikan, dia panggil kami untuk berbincang dan kami berikan pandangan tetapi akhirnya dibuat tak betul,
“jeti dibuat tinggi dari, macaman nak punggah barang dari dalam bot kargo,”ujar beliau.
https://youtu.be/M5Tj_ir_tS0




























