Oleh : FaMoYu
ROMPIN – Parti Islam Semalaysia PAS meminta kepada petugas-petugasnya yang datang berkempen di PRK Rompin supaya menjaga akhlak masing-masing
Naib Presidennya, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, petugas yang datang samaada dari penduduk setempat atau yang datang dari luar Pahang haruslah melalkukan kerja-kerja kempen mengikut seperti apa yang telah ditaklimatkan.
“Parti bukan untuk berkelahi bukan untuk bertelagah satu sama lain. Saya minta kepada petugas-petugas kita samada dari luar Pahang ataupun dalam negeri Pahang sebagaimana yang telah kita taklimatkan jaga akhlak masing-masing”
“Jangan ada yang pulau memulau, jangan ada yang tak bertegur sapa kerana berbeza fahaman politik. Jangan buat turun bendera dan lambang lambang parti lawan jangan balas keburukan dengan keburukan balaslah dengan kebaikan”


“Kepada tuan puan sekalian sebagai pengundi, peluang beberapa hari ini tuan akan mendengar dari pelbagai pihak media-media rasmi akan menceritakan pelbagai isu yang mengambarkan hebatnya, bagusnya Barisan Nasional”
“Berhati-hati dengan penyebaran media-media baru yang tidak berakhlak yang menfitnah melampau dan kami tegaskan ini bukan budaya PAS. Kita tidak benarkan mana-mana penyebaran media yang berupa kencaman-kencaman yang tidak berakhlak”
“Jangan kita sambung fitnah setiap berita yang kita terima kena selidiki dahulu, kalau datang orang fasik bawa berita siasat dulu berita tersebut supaya kita tidak bertindak diatas kejahilan kita.” katanya.
Dalam pada itu, PAS malam tadi telah memilih Ustaz Nazri Ahmad, 40, sebagai calonnya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil bagi kawasan P091 Rompin setelah kematian
Ahli Parlimen terdahulu iaitu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terlibat dalam satu kemalangan halikopter yang turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.
Ustaz Nazri yang merupakan anak kepada peneroka Felda Keratong 5, Rompin adalah lulusan Universiti Al-Azhar Mesir dan Universiti Amerika Terbuka Kaherah dalam bidang Syariah Islamiah.




























