Pejabat Presiden PAS ingin menyatakan bahawa berita yang disebarkan oleh Portal MalaysiaKini adalah TIDAK BENAR DAN BERCANGGAH dengan kenyataan sebenar TUAN Guru Presiden PAS.
Tajuk berita MalaysiaKini “PAS Sokong Usaha Kerajaan Cegah Keganasan Melalui POTA” adalah jauh sekali daripada intipati ucapan sebenar Tuan Guru Presiden PAS.


Dengan penjelasan ini, Pejabat Presiden PAS berharap, berita palsu dan salah laporan ini tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh Negara. Rakaman sebenar sidang media Presiden PAS boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan sendiri yang lebih lanjut.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
Watch “PAS SETUJU DENGAN USAHA MENGHALANG KEGANASAN” on YouTube – PAS SETUJU DENGAN USAHA MENGHALANG KEGANASAN: https://youtu.be/3F40RCBFVgo




























