Hudaidah, YAMAN – Perjalanan konvoi pemindahan (evakuasi) pelajar Malaysia di Yaman terpaksa mengambil jarak yang lebih jauh dan tempoh yang lebih panjang, kerana faktor keselamatan tidak mengizinkan pesawat mendarat di lapangan terbang Hudaidah.
Wakil KAMI dan aktivis media di sini, Solahuddin al-Idrusi melaporkan, rombongan seramai lebih 160 orang pelajar itu terpaksa melalui jalan berliku kerana perlu mengikut jalan darat sehingga ke Jeddah di Arab Saudi.
Beliau berkata, Timbalan Pengarah Operasi Evakuasi pelajar Malaysia di Yaman Fizal Zulkhairi Kamarulzaman (Gambar kanan) memberitahu, pelan asal untuk menaiki pesawat di Hudaidah terpaksa dipinda kerana tidak mendapat perlepasan ruang udara di Yaman.


“kita akan tuka perjalanan dari Hudaidah ke sempadan (Arab Saudi) kemudia ke Jedan dan dari situ akan bertolak ke Jeddah,
“dari Jeddah barulah kita akan bertolak ke Malaysia….mengambil perjalanan dan masa yang lebih panjang,”ujar Fizal ketika ditemubual di Hudaidah pada Ahad 5 April.
Menurut Fizal, jumlah pelajar Malaysia yang bersama ‘Ops Balqis 3’ itu bertambah dari 120 orang kepada 164 orang dengan penyertaan para pelajar yang menuntut di Hudaidah dan Zabid.
“kalau smalam perjalanan kita kira seramai 120 orang pelajar Malaysia sahaja (dari Sana’a)tapi hari ini bertambah kepada 160 orang dengan pertambahan pelajar dari Hudaidah dan Zabid seramai 44 orang,
“perjalanan kita juga disertai oleh rakyat dari negara jiran Indonesia, Singapura dan Filipina,”jelas Fizal.


Perjalanan tersebut telah memasuki hari ke empat sehingga hari ini, dimulakan dari Sana’a sejak 3hb April lalu.
Para pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Yaman dinasihatkan agar keluar dai negara tersebut yang kini terbabit dengan perang yang lebih besar, apabila pakatan tentera diketuai Arab Saudi melakukan serangan udara.
Pergolakan Yaman di Yaman menjadi perhatian antarabangsa sejak bukan Jun tahun lalu apabila pemberontak Syiah Houthi menyerang dan menawan ibu negaranya, Sana’a.
Dari situ, militant Syiah itu cuba meluaskan pengaruhnya dengan menyerang bandar pelabuhan Aden, yang mnejadi tempat perlindungan Presiden Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi setelah melarikan diri dai Sana’a.
Abdul Rabbuh Mansur dilaporkan telah meminta bantuan negara-negara Teluk bagi membantu beliau menghadapi konflik yang semakin parah.
https://youtu.be/NUum3WOE8nM




























