KOTA BHARU – Walaupun baru bergelar ‘Yang Berhormat’ setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mengakui beliau menghadapi cabaran yang cukup besar.
Beliau bagaimana pun, bersyukur dengan kemenangan yang dikurniakan oleh Allah, yang disifatkannya sebagai nenberikan banyak hikmah dan kebaikan kepada dirinya dan juga kepada perjungan PAS.


“cabaran yang cukup besar kerana DUN Chempaka ini sudah lama dipegang (dimenangi) oleh Tok Guru dan seolah-olah tergelam nama Chempaka kerana kerap kali digunakan oleh orang ramai (sebagai kampung tok guru), kerana sudah sebati dengannya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Mahabbah Muslimat DUN Seberang Takir pada Sabtu, 4 April, di Kampung Tebing Tinggi dekat sini.
Seramai 102 anggota Dewan Muslimat DUN Seberang Takir telah menganjurkan satu lawatan ke Kelantan, khususnya DUN Chempaka sempena meraikan kemenangan PAS dalam PRK diadakan pada 22 Mac lalu.
Ustaz Ahmad Fathan yang diberi mandat menjadi calon PAS dalam PRK yang diadakan berikutan kekosongan kerusi itu, apabila penyandangnya almarhum Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia.
Walaupun merasa cukup berat dengan amanah yang digalasnya, beliau bagaimana pun melihat ia dengan sisi yang positif.


“saya mengalu-ngalukan kedatangan Muslimat serta Ameerah DUN Seberang Takir kerana dengan kedatangan ini memberi satu semangat untuk (saya) mengekalkan legasi perjuangan ini,”jelas Ustaz Fathan.
Pada majlis pertemuan itu, Ketua Muslimat DUN Seberang Takir Puan Fadilah Mohamad menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Fathan sebagai tanda kenang-kenangan lawatan tersebut.
Ahli-ahli rombongan turut dijamu oleh pihak ADUN Chempaka dengan hidangan ‘gulai kawah’ yang menjadi hidangan tradisi di setiap cawangan dalam DUN tersebut.
Konvoi Muslimat yang datang dengan dua buah bas dan sebuah van itu, tidak melepaskan peluang untuk menziarahi pusara almarhum Tok Guru Nik Aziz dan bertemu dengan balunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak di Kampung Pulau Melaka.



























