Oleh: Dr Azman Ibrahim
Bagi orang bandar, gambar ini biasa-biasa saja. Ianya sekadar permandangan kebun getah yang diselang-seli dengan pokok kelapa sawit. Tak ada apa-apa yang menarik.
Tapi bagi orang kampung, yang pertamanya kita tengok bawah pokok getah penuh dengan daun getah luruh dan atas pokok getah tak berapa ada daun. Loni dipanggil musim getah luruh daun @ musim luruh.


Pok getah nehi maknanya pitih pun nehi. Daun getah yang banyak luruh tak boleh nak guna untuk buat beli beras, beli gula dan belanja anak sekolah. Maklumat dari kawan-kawan yang kerja beli pok getah, musim daun luruh seperti sekarang, pok getah akan jadi lebih ringan dari biasa. Dah la harganya sekitar RM2 sahaja sekilo. Kalau kerja NGO (nnoreh getah orang) lagi parah. RM2 kena bahagi dua pula dengan tuan punya kebun. Dapatlah seringgit sorang.
Selepas musim daun luruh, pokok getah akan mengeluarkan pucuk baru. Bila pokok getah mula keluar pucuk baru, lagilah getah tak keluar susu. Biasanya bulan Jun barulah getah akan mengeluarkan susu kembali seperti sediakala. Sedangkan pokok getah dah mula mogok susu dari pertengahan Mac lagi. 2 bulan lebih penoreh getah hidup tanpa punca pendapatan utama. Nak makan apa wahai Pak Menteri yang suka berlakon menorah getah? Tak kan nak tebang pokok getah, jual batang getah untuk buat perabut. Lepas ni nak buat kerja apa?
Bila musim daun getah luruh, dalam kebun getah banyak terdapat serangga kecil yang dipanggil ‘anga’. Kalau kena gigit memang rasa gatal berpanjangan walaupun serangga ini kecil sahaja saiznya. Nak hilang rasa gatal kena beli ubat di farmasi. Bila beli ubat di farmasi, baham ko GST pulok!
Walaupun begitu bagi orang Jabi khususnya dan orang Setiu umumnya, mereka patut berbangga kerana Ahli Parlimen Setiu yang mereka pilih turut mengundi menyokong GST yang semakin hari semakin jelas membawa bibit-bibit kemakmuran kepada kehidupan rakyat.
Memang tepat sekali GST bermakna Getah Susu Takdok!





























