Sekumpulan besar orang Yahudi ultra-Ortodoks bangkit membantah di hadapan konsulat Israel di New York.
Mereka berdemonstrasi untuk memprotes lawatan kontroversi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington yang berucap kepada Kongres Amerika .
Lebih 1,000 penunjuk perasaan berpakaian gelap berdiri di belakang penghadang polis bagi membantah ucapan Netanyahu.
“Kami berada di sini hari ini untuk menyatakan bahawa negara Israel tidak boleh bercakap atas nama orang-orang Yahudi,” kata Rabbi Aron Jacobowitz, jurucakap bagi Rabbinical Kongres Tengah, gabungan itu yang menganjurkan himpunan itu.


“Ini adalah perjanjian yang tidak baik. Ia adalah satu perjanjian yang sangat buruk. Hidup kita lebih baik tanpa ia,” ujar Netanyahu.
Jacobowitz berkata kenyataan Netanyahu bertujuan untuk mencetuskan perang dan menyemarakkan api permusuhan dan dasar Israel yang merosakkan untuk orang-orang Yahudi di seluruh dunia.
Kehadiran Netanyahu pada Kongres, yang dianjurkan tanpa berunding dengan ‘White House’, dilihat sebagai satu penghinaan kepada pentadbiran Obama.
Rabbi Yakub Kellmer, salah seorang daripada penunjuk perasaan, berkata tindakan Netanyahu membelakangi Obama menyebabkan berjuta-juta orang Yahudi marah kerana tindakan Netanyahu disifatkan sebagai ‘menghasut’ kongres menentang Presiden Amerika Syarikat.
“Kami, berjuta-juta orang Yahudi, terguris dengan apa yang dikatakan Netanyahu di Kongres. Kami keluar untuk membantah untuk mengatakan dia tidak boleh bercakap atas nama semua orang Yahudi itu, “katanya
Kellmer mendakwa lawatan Netanyahu tidak lain adalah merupakan kempen beliau untuk menghadapi pilihan raya perundangan Israel yang dijadualkan pada 17 Mac.






























