Cuaca Panas, Fenomena Ekuinoks Sehingga April

1694

Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan berlarutan sehingga April depan.

Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan september, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.

Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.

equinoxPenipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

“Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.

“Jadi apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit.

“Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak.

“Kita harap janganlah begitu tetapi sebenarnya temperature akan naik sedikit daripada waktu waktu normal,” katanya dilaporkan Astroawani.

Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi, cuaca panas dan kering yang kini dialami kebanyakan kawasan di dalam negara, merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan diramal berlaku sehingga penghujung Mac.

CHE GAYAH ISMAIL / SIDANG MEDIAKetua Pengarahnya Datuk Che Gayah Ismail berkata bagaimana pun, panas dan kering yang melanda sekarang belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.

“Kini penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering,” katanya kepada pihak media.

Ditanya sama ada suhu cuaca panas dan kering berbeza berbanding tahun lepas, beliau berkata:”Saya tidak nampak banyak perbezaan. Kalau suhu adalah tolak campur tiga darjah celcius, ia adalah normal.”

Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.

Che Gayah berkata musim peralihan monsun akan bermula menjelang bulan April sehingga pertengahan Mei, yang mana negeri-negeri pantai barat Semenanjung akan mengalami cuaca lebih lembap dan ribut petir di sebelah tengahari dan petang.

Katanya keadaan cuaca hujan lebat dan ribut petir tersebut adalah biasa sebelum berlakunya monsun Barat Daya yang bermula Jun sehingga September, yang akan menyebabkan negara menjadi kering dan dilanda jerebu.

Che Gayah berkata Jabatan Meteorologi hanya akan melakukan pembenihan awan apabila tahap jerebu berada pada kategori bahaya kesihatan rakyat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Jabatan Meterologi sentiasa sedia melakukan pembenihan awam dengan syarikat penerbangan swasta bagi mengatasi masalah ini. Ada kalanya, operator empangan juga melaksanakan pembenihan awam untuk meningkatkan tahap air. Sekiranya mereka meminta bantuan, kita sedia membantu,” katanya.