Isu Bukit Besi : MB Tak Hadir, Wacana Diteruskan

1579

Persatuan Anak Terengganu Diperantauan (PERANTAU) memaklumkan bahawa Wacana Cakna Rakyat Terenganu bertema Bukit Besi : Kazanah dan Amanah diteruskan sebagaimana yang dijadualkan mulai 9.30am – 1.30pm pada hari Ahad ini, 15hb. Feb. 2015 bertempat di Menara MPAJ, Pandan Indah, Selangor.

PERANTAU sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai penghubung dan penyalur maklumat kepada rakyat Terengganu yang berada di perantauan mengambil inisiatif menjemput Menteri Besar Terengganu kerana hal ini difikirkan sangat perlu dibincangkan oleh semua pihak bagi memastikan khazanah bumi Terengganu ini ditadbir dengan baik dan memberi hasil yang optimum kepada Negeri.

Screenshot (682)Pengarah Wacana Cakna Rakyat Terengganu, Hj Mohd Nurkuzaini Abd Rahman memaklumkan, pihaknya telah mendapat surat jawapan daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pembentang utama tidak dapat menghadiri Wacana Cakna Rakyat Terengganu berkaitan dengan isu perlombongan khazanah berharga di bumi Terengganu, Bukit Besi yang menjadi isu yang hangat pada tahun lepas.

”PERANTAU tampil mengambil tanggungjawab untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh berbagai pihak termasuk pembangkang terpaksa meneruskan program wacana ini setelah beberapa jemputan lain mengesahkan jawapan untuk hadir” katanya ketika dihubungi.

Selain daripada Menteri Besar sebagai pembentang utama dalam wacana tersebut, dua pembentang lain adalah, YM YB Dato’ Raja Kamarul Baharin, mewakili NGO Nusantara dan Tuan Hj Amzad Hashim mewakili NGO GANTI.

PERANTAU juga sedang menunggu jawapan daripada UMNO untuk menjadi pengulas bersama dengan YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli selaku Ahli Parlimen Dungun, Dato Tengku Hassan Tengku Omar, bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Tengku Ismail dan veteran-veteran Bukit Besi yang turut dijemput bagi memeriahkan program ini.

Disebabkan tempat yang terhad, dengan anggaran kapasiti muatan hadirin seramai 100 hingga 150 orang, bagi pihak sekretariat memohon kepada perantau yang terdiri dari pelbagai peringkat pegawai-pegawai kerajaan, ahli ahli akademik dan ahli-ahli professional yang berasal dari Terengganu di samping ahli-ahli PERANTAU yang lain yang berminat untuk hadir dapat menghubungi sekretariat Wacana CRT – Bukit Besi, nombor telefon 013-390 2165 (Hj Khuzaini), 0192287130 (Sdr Awasi) & 0197550778 (Sdr Zulkifli) atau melalui email khuzzie@gmail.com.