BESUT – Selaku ‘kerajaan menunggu’ (government in waiting), PAS Terengganu akan meneruskan segala usaha membantu mangsa banjir dan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun PAS tidak memangi sebarang kerusi pada pilihan raya lalu di Parlimen Besut, namun khidmat tetap diberikan kepada semua rakyat.
Oleh itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengarah Operasi Banjir PAS negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim serta seluruh anggotanya kerana berjaya mengujudkan rangkaian dan strategi mambantu rakyat pada musim banjir kai ini.


“kita harap walaupun kita bukan kerajaan tetapi kita sebagai ‘kerajaan menunggu’(government in waiting) akan menunjukkan satu gerak kerja yang baik, memberi sumbangan kepada masyarakat,”ujarnya
Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menerima taklimat dari Bilik Gerakan Banjir PAS Kawasan Besut di Felda Tenang, dekat sini pada Rabu, 24 Disember.
Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka bersama Dewan Harian PAS Terengganu dalam rangka lawatan ke kawasan terjejas banjir ke seluruh negeri Terengganu.
Lawatan yang bermula di daerah Besut pada Rabu, akan berakhir pada Khamid di daerah Marang.
Sebelum itu, beliau dan rombongannya tidak dapat meneruskan hasrat untuk menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung La, Hulu Besut, kerana tersekat akibat air bah yang deras.
Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS terus menghulurkan bantuan walaupun ia diperkecilkan oleh pihak lawan ‘Umno dan Barisan Nasional’.


“Kalau UMNO ni bukan kerajaan, dia tak boleh buat kerja langsung. Tetapi kita alhamdulillah walau kita tak memerintah (kita mampu menyantuni rakyat),
“dan kalau di Besut ni……….satu DUN pun kita tak menang, tapi kita tidak berdendam dengan masyarakat sebab amal kebajikan kita dikira di sisi Allah Taala,”jelas beliau.
Beliau turut menngucapkan tahniah kepada semua jabatan dan agensi serta ahli keluarga dalam PAS termasuk Jabatan Amal, Ameerah, Pasukan 4WD, Kumpulan Kembara Terengganu (Terengganu Adventure Group) yang berjaya mempamerkan wibawa dan memberi kerjasama dengan baik.
Turut sama dalam konvoi 15 buah kenderaan pacuan empat roda itu ialah Setiausaha Majlis Syura Ulamak Ustaz Nik Zawawi Salleh, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kayat, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Datuk Hussin Awang, Ketua Muslimat Safinah Jusoh, Ketua Ameerah Zuraidah Mohd Noor dan Ketua Jabatan Amal Sauji Abd Rashid.
http://youtu.be/3bn9APiaquU?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q
http://youtu.be/DOxu8Ym_IRQ?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q


























