Oleh: Azizah Mahmood
Allahyarhamah Hajjah Radziah Bt Ibrahim yang telah kembali menemui Penciptanya pada 3 Julai 2014 bersamaan 5 Ramadhan 1435 H.
Tepat jam 12:24 tengahari di ‘Prince Court’ Hospital, Kuala Lumpur, disisi suami tersayang Haji Zainuddin Abu Bakar dan anakanda tercinta, Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
Allahyarhamah adalah seorang korporat berjaya dan lebih bertuah beliau merupakan aktivis Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang cukup cukup komited dalam tugasannya.
Berusia 51 tahun, memiliki enam orang anak yang juga menerima semangat juang dari kedua ayahanda dan bondanya.
Allahyarhamah dan suami Haji Zainudin bin Abu Bakar merupakan pemilik syarikat ANZ Sdn Bhd yang pejabatnya bersebelahan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar.
Semasa hayatnya, beliau memegang jawatan penting dalam PAS antaranya, Ahli Jawatankuasa Lujnah JKS, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.
Allahyarhamah juga adala Ketua Lujnah Ekonomi PAS Kawasan Kuala Terengganu, Timbalan Pengerusi HALWA bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam serta jbekas pelajar dan aktuvis Darussyifa Kuala Terengganu.
Disaat beliau telah di sahkan sebagai pengidap kanser beliau terus menabur khidmat bakti tanpa jemu dalam perjuangan.
Allahyarhamah turut ‘turun’ pada dua PRK yang terakhir, PRK Kuala Besut dan PRK Sungai Limau sebagai tenaga kempen muslimat.
Beliau sentiasa mempunyai idea yang bernas dan tuntas terutama dalam meletakkan kedudukan dan pergerakan Ameerah DUN Wakaf Mempelam setanding dengan DUN lain.
Masih teringat kata-kata beliau yang penuh semangat, memberi motivasi kepada kami semua yang tinggal.
“Ameerah adalah pelapis muslimat, adalah wajar Ameerah menjejaki bakal-bakal pejuang dari sekarang kerana kami muslimat sudah didatangi banyak faktor yang tidak di undang,”kata beliau.
Sesungguhnya Allahyarhamah boleh tersenyum ‘disana’ kerana berjaya mendidik anak-anak yang istiqamah dan boleh meneruskan perjuangan.
Seusai penyemadian Allahyarhamah, tidak lama kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat 4 Julai, Muslimat bersyukur dan terharu apabila anakanda sulungnya berikrar mengatakan;
“ambillah adik perempuan saya Nur Suaibah sebagai penerus kerja kerja jihad ibu,ajarlah dia kerja-kerja perjuangan Islam, kerja-kerja Parti,”
Tidak akan terucap kata-kata itu melainkan hasil didikan dan tunjuk ajar ayahanda dan bondanya, Allahyarhamah Hajjah Radziah!





























