KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dituntut menyatakan adakah memang menjadi hasrat kerajaan untuk menghentikan semua kegiatan industri maritim yang terdapat di muara sungai Terengganu.


Menurut Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) Haji Ahmad Amzad Hashim, telah berlaku kejadian pemendapan pasir yang luar biasa, yang timbul dengan saiz yang besar melintang di tengah-tengah sungai berhampiran Jeti Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan LKIM di Pulau Kambing,
“Imej-imej yang dirakam menunjukkan selain beting pasir bersaiz besar yang timbul di permukaan sungai, dapat dilihat dengan jelas di sekeliling beting tersebut keadaan sungai yang sangat cetek.
“Keadaan ini dipercayai berpunca dari perbagai siri projek penambakan sungai secara berlebihan yang telah tidak dirancang dan dibuat kajian sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu,
“termasuk menimbus tinggikan lagi pulau pasir tambakan semasa projek memperdalamkan muara sungai pada tahun 2000 yang betul-betul berada di tengah-tengah laluan air sungai berdepan jeti perikanan Pulau Kambing dan ‘Water front’ jalan Balik Bukit,”ujarnya.
Katanya, ia telah menyempitkan laluan sungai meningkatkan kemungkinan berlaku banjir kerana lalu air dari hulu tersekat akibat laluan yang menyempit di muara.


“kemudian segala prasarana berkaitan piala monsun cup bernilai RM300juta, penambakan pulau warisan, dan yang terbaru belakang pasar payang bernilai beberapa ratus juta ringgit lagi,
“sudah elok diperdalamkan, dibuat halangan supaya cepat ceteknya, ditimbus kembali sehingga sempit laluannya dan seterusnya jambatan drawbridge yang melentang di akses masuk ke muara,”tegasnya
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata sehingga kini, belum ada jawapan dari kerajaan negeri berhubung projek penambakan pasir besar-besaran yang sedang dilaksanakan di belakang Pasar Payang sehingga Taman Shah Bandar.
Beliau berkata kerajaan pusat secara rasminya mengakui tidak ada Kajian Kemungkinan (Feasibility Study), Kajian Kesan Alam sekitar (EIA), Kajian Hidraulik dan ‘Hydrographic Survey’ yang dibuat sebelum projek itu dimulakan.
Katanya, pada sidang parimen kedua September lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G Palanivel telah menjawab secara lisan yang menyatakan, beliau tidak faham mengapa kerajaan negeri Terengganu member tanggungjawab kepada Jabatan Kerja Raya mengawasi projek penambakan sungai itu.
“

“dia (Menteri) pun kecewa kenapa orang (Jabatan) yang bukan ahli, diberi tanggungjawab (ia) yang melibatkan keselamatan dan nyawa penduduk Kuala Terengganu………ini merupakan satu perkara yang serius!,”kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Pjabat Perhubungan PAS Terengganu pada Selasa 4 Mac.
Turut sama dalam sidang tersebut adalah Timbalan Pesuruhaya II PAS Terengganu Haji Yahaya Ali dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu, Jefri Chua.
Datuk Raja Bahrin berkata bukti-bukti yang dikemukakan oleh Haji Amzad menunjukkan bahawa setelah lebih kurang setahun projek yang diberi nama ‘Double Frontage’ itu membawa impak kepada aliran air di muara sungai Terengganu.
http://www.youtube.com/watch?v=E4Z2wKNw6pU&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q&feature=share




























