SETIU -Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ustaz Zaharudin Muhammad menegaskan ramai rakyat yang tidak sedar bahawa sebenarnya mereka membayar cukai yang begitu banyak kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“bila ditanya rakyat kebanyakkan, apakah tuan puan ada bayar apa-apa cukai? Tentu jawapan yang akan kita terima, hanya bayar roadtax saja. Cukai lain tak ada.”
“Roadtax (cukai jalan) kereta bawah 1500 cc pun bukannya mahal. Income tax (cukai pendapatan) tak ada sebab pendapatan orang kebanyakkan tak sampai 3,500 sebulan,”ujarnya ketika berucap pada Wacana GST vs Kangkung di Dataran PGU Jabi pada Jumaat 31 Januari.
Menurut beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, itulah kesilapan pemahaman umum dan tanggapan mereka tentang cukai.
Sebaliknya, kata beliau, seorang guru yang bergaji RM2,500 sebulan, walaupun tdak dikenakan cukai pendapatan, namun beliau membyar cukai ketika membeli sebuah kenderaan.
“Katakanlah (guru itu) menggunakan sebuah kereta Vios yang dibeli dengan bayaran muka RM30,000 dengan ansuran bulanan sekitar RM800…
“sedarkah kita bahawa harga sebuah Toyota Vios di Jepun hanya RM30k sahaja. Tetapi kenapa di Malaysia ia mencecah sehingga lebih RM80k? Jawabnya kerana cukai.”ujarnya
Forum yang dihadiri kira-kira 200 hadirin anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Setiu ini turut menampilkan Saudara Ahmad Amzad Hashim, Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ust Fadhli Shaari dan Leman Raja Lawak.
Tanpa cukai sebenarnya guru tadi, jelas beliau, yang memiliki RM30k, sudah boleh memiliki kereta tersebut secara tunai, atau dengan makna lain sebenarnya beliau telah menjelaskan harga kereta tersebut secara keseluruhannya.
“Jadi bayaran ansuran RM800 sebulan itu sebenarnya bayaran apa? Inilah yang kita tak sedar bahawa kita sedang membayar cukai secara ansuran dengan jumlah keseluruhan lebih RM50k!,”tambahnya





























