Sekurang-kurangnya 733 rakyat Iraq terbunuh pada Januari

823

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui misi PBB ke Iraq (UNAMI) telah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 733 rakyat Iraq terbunuh dalam keganasan pada bulan Januari.

Angka-angka yang dikeluarkan badan dunia itu pada hari Sabtu menunjukkan bahawa 618 orang awam dan 115 anggota pasukan keselamatan terbunuh bulan lepas.

Baghdad adalah wilayah yang paling teruk terjejas, dengan 297 terbunuh dan 585 cedera.

PBB juga berkata bahawa sekurang-kurangnya 1,229 rakyat Iraq cedera dalam serangan di seluruh negara itu bulan lepas.

041110-M-BR739-011Ketua misi PBB Nickolay Mladenov melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap keadaan kemanusiaan di Anbar, Iraq, dimana beribu-ribu keluarga telah terkandas di bandar yang tekah terkepung oleh pertelingkahan.

“Saya amat bimbang dengan keadaan kemanusiaan ribuan keluarga pelarian dan terutamanya mereka yang terkandas di Fallujah. Mereka kekurangan air, bahan api, makanan, perubatan dan komoditi asas yang lain,” katanya.

Minggu lepas, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata 140,000 rakyat Iraq telah melarikan diri dari Anbar, anjakan terbesar orang awam di negara ini sejak keganasan sektarian 2006-2008.

Beberapa hari lalu, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata ia telah dihantar bantuan seperti selimut, makanan dan set dapur, kepada lebih daripada 3,000 orang di tengah-tengah Fallujah.