Oleh; Mohd Tishaah
KEMAMAN – Sebanyak 500 bungkus makanan tengah hari diedarkan kepada para petugas dan sukarelawan tempatan dan dari seluruh negara yang membantu warga Kemaman menghadapi bencana banjir, sejak Jumaat lepas.
Nasi bungkus itu adalah hasil inisiatif anggota Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman (DMPKK) pada setiap hari sejak Jumaat lepas.
Menurut Timbalan Ketua DMPKK, Narliati Lamsah, kerja memasak dan membungkus dilakukan secara bergotong royong.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang menyumbang samada kewangan, harta benda dan tenaga dalam membantu warga Kemaman menghadapi ujian dan dugaan daripada Allah itu.




























