Bukan Sahaja JKKK; Polis, Bomba, JPA Tak Ada Yang Sampai!

2297

KUALA TERENGGANU – [Lihat Video] Jawapan yang diberi oleh agensi banjir kerajaan mengapa bantuan lambat sampai, tidak seperti apa yang berlaku kepada rakyat, khususnya kawasan yang teruk terjejas banjir di daerah Kemaman.

Seorang mangsa banjir Mohd Zain (bukan nama sebenar) tidak tahu apa yang beliau mahu katakan ketika diminta memberikan pandangan tentang bantuan jabatan kerajaan terhadap mangsa-mangsa banjir.

Beliau yang tinggal di Kampung Pasir Minal, DUN Air Putih, Kemaman berkata, ketika air banjir mula melanda rumahnya, beliau telah menelefon semua pihak yang sepatutnya bertanggungjawab itu.

“Tak tahu nak kata apa. Sebab JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong) tak bertanggungjawab dalam kampong, dia (JKKK) lepas tangan, dia ada lah peruntukan, macam yang kerajaan (kata) (tapi) sekarang tak ada,

Snapshot 1 (8-12-2013 5-21 PM)“(saya) telefon pun (dia) tak ada……… tunggu orang lemas dulu, dia beritahu tunggu tapi tak banyak hal (yang berlaku) ni, tak ada mari (pun), dalam telefon saja beritahu (nak datang). Telefon, Tanya, minta bantuan, dia beritahu, taka pa lah, beritahu tak apa saja, tak ada bantuan, tak ada…,”

“(saya) sudah telefon belaka……… Polis (saya) telefon, JPA, bomba, (semuanya) tak ada sampai,”katanya yang ditemui di masjid Kampung Pasir Minal, tempat beliau berlindung dari bencana yang dianggap luar biasa sejak 30 tahun lalu.

Sedangkan beliau tahu, semua agensi dan jabatan kerajaan tersebut ada dan dilihat di bandar chukai, tetapi beliau hairan mengapa mereka tidak datang membantu.

Mohd Zain yang berumur 53 tahun berkata, pada 3 Disember lalu, air mula naik pada jam 7.00 pagi disebabkan hujan yang lebat pada sebelah malamnya.

“kita (mula) angkat barang rumah……lepas tu air naik perlahan-perlahan , paras air sudah sampai paras lutut dah, masa tu pukul tujuh pagi air (mula) naik,

“(tapi dari ) pukul 7.00 hingga pukul 10.00 air (naik) dekat dua kaki lebih……… naik atas (dalam) rumah (saya)………..bukan atas jalan, dalam rumah.

“air deras (cepat) naik, dua jam, dua kaki lah. (kawasan masjid) sini ada air dah………. (ada) air belaka dah atas jalan ni,”katanya, menceritakan saat banjir mula melanda kampungnya.

Namun begitu, kata beliau, tidak ada arahan meminta orang ramai pindah oleh JKKKK yang beliau sifatkan “JKKK pun mungkin lemas dalam air,”.

Katanya, sejak hari Selasa sehingga kini, tidak ada agensi kerajaan yang datang membantu penduduk kampong tersebut.

“Yang ni mari dari PAS………dari agensi kerajaan tak ada. Tak ada setakat ni. Daripada kerajaan, JKK lepas tangan terus. Ikut pandai mu lah nak pergi dekat mana ke lubuk mana ke, laut mana ke, pergi lah,”ujarnya dengan nada marah.